Wanita di Osaka ditahan polis selepas disyaki membiarkan anak perempuannya berusia sembilan tahun kebuluran. Kasumi Nawata, 34, didakwa sengaja membiarkan anaknya jatuh sakit bagi membolehkannya menuntut pampasan daripada syarikat insurans selain membolehkannya menerima bantuan kewangan.
Lapor akhbar Yomiuri Shimbun, mangsa dimasukkan ke hospital sebanyak 332 kali sejak 2018 dan dalam tempoh itu, Nawata menerima pampasan kira-kira 5.7 juta yen (RM182,981). Menurut kenyataan polis, mangsa yang kini berusia 9 tahun langsung tidak diberikan makanan apabila berada di rumah dan hanya menjamah makanan disediakan pihak sekolah ketika waktu rehat sehingga dimasukkan ke hospital akibat hipoglikemia ketonik dari 22 hingga 27 Januari lalu untuk menipu bantuan kewangan sebanyak 60,000 yen (kira-kira RM1,930.17). Pada 5 Februari lalu, seorang jururawat di hospital tempat mangsa dirawat terdengar perbualan budak perempuan itu dengan ibunya menerusi pembesar suara di telefon bimbit.
Menerusi perbualan ringkas itu, Nawata meminta anaknya supaya tidak menyentuh makanan disediakan hospital dan berbaring sepanjang masa. Dalam kes hipoglikemia ketonik (keadaan ketika kadar gula dalam darah berada di bawah paras normal) yang berpunca daripada puasa berpanjangan, pesakit boleh mengalami gejala seperti kekejangan dan muntah serta hilang kesedaran disebabkan oleh pengurangan bekalan darah beroksigen ke otak. Difahamkan kesihatan mangsa yang dirujuk ke jabatan kebajikan kini dalam keadaan stabil. Polis mengesyaki Nawata membelanjakan wang pampasan tersebut untuk makan di restoran dan rawatan di salon kecantikan. Sumber: Sinar Harian
|
Tinot7 replied at 23-7-2023 07:48 AM
Saikonya.. ni kes terpencil ka org deme mmg pikiaq lagu ni?
allshares replied at 23-7-2023 04:29 PM
Teringat pelakon icarly yg tulis buku tajuk im glad my mom died tu. Maknya tak kasi mkn bnyk, sbb ta ...
gigahertz replied at 23-7-2023 07:41 PM
Jepun Cina korea selatan korea utara
Bab anak kan mmg ke laut
gigahertz replied at 23-7-2023 11:41 AM
Jepun Cina korea selatan korea utara
Bab anak kan mmg ke laut
Tinot7 replied at 23-7-2023 01:45 PM
Tak sangkanya.. nnt nak tgk la doyankimchi tu jaga anak camne..
dua_chzy replied at 23-7-2023 02:43 PM
Ummah tempatan pun sama ja. Korang lupa kisah si Firdaus yang abandoned sampai makan tahi sendiri ...
gigahertz replied at 24-7-2023 12:21 AM
budak tu OKU. yang Jepun China Korea . dia tak pedulik anak tu OKU ke tidak
dulu kat Kepong . ada ...
gigahertz replied at 24-7-2023 12:14 AM
yang duduk luar Jepun . Korea , China perangai elok.yang duduk negara sendiri tu kesian.
Tinot7 replied at 23-7-2023 09:42 PM
Miranda cosgrove ka?
Tazangka...
Mooverine replied at 24-7-2023 08:54 AM
yang jadi kawan dia.. si Sam..
Tinot7 replied at 23-7-2023 11:56 PM
Iols ingatkan nak jjcm osaka kyoto .. rasa risau plak.. belum apa2 dah pikiaq negatif pasai deme..
ADVERTISEMENT