CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1763|Reply: 26

Ibu Biar Anak Kebulur, 332 Kali Masuk Hospital Demi Tuntut Wang Insurans Untuk Makan Sedap

[Copy link]
Post time 23-7-2023 02:56 PM | Show all posts |Read mode
Wanita di Osaka ditahan polis selepas disyaki membiarkan anak perempuannya berusia sembilan tahun kebuluran.


Kasumi Nawata, 34, didakwa sengaja membiarkan anaknya jatuh sakit bagi membolehkannya menuntut pampasan daripada syarikat insurans selain membolehkannya menerima bantuan kewangan.




The Japan Times



Lapor akhbar Yomiuri Shimbun, mangsa dimasukkan ke hospital sebanyak 332 kali sejak 2018 dan dalam tempoh itu, Nawata menerima pampasan kira-kira 5.7 juta yen (RM182,981).


Menurut kenyataan polis, mangsa yang kini berusia 9 tahun langsung tidak diberikan makanan apabila berada di rumah dan hanya menjamah makanan disediakan pihak sekolah ketika waktu rehat sehingga dimasukkan ke hospital akibat hipoglikemia ketonik dari 22 hingga 27 Januari lalu untuk menipu bantuan kewangan sebanyak 60,000 yen (kira-kira RM1,930.17).


Pada 5 Februari lalu, seorang jururawat di hospital tempat mangsa dirawat terdengar perbualan budak perempuan itu dengan ibunya menerusi pembesar suara di telefon bimbit.


Menerusi perbualan ringkas itu, Nawata meminta anaknya supaya tidak menyentuh makanan disediakan hospital dan berbaring sepanjang masa.




News On Japan




Dalam kes hipoglikemia ketonik (keadaan ketika kadar gula dalam darah berada di bawah paras normal) yang berpunca daripada puasa berpanjangan, pesakit boleh mengalami gejala seperti kekejangan dan muntah serta hilang kesedaran disebabkan oleh pengurangan bekalan darah beroksigen ke otak.


Difahamkan kesihatan mangsa yang dirujuk ke jabatan kebajikan kini dalam keadaan stabil.


Polis mengesyaki Nawata membelanjakan wang pampasan tersebut untuk makan di restoran dan rawatan di salon kecantikan.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2023 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Makan dekat restaurant dia bawak tak anak nya tu???kalau xbwk mmg celaka sgt la perangai ko.pehal bukan ko je yg kebulur?kenapa nk suruh anak?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2023 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Psycho nya mak ni..dah la population Jepun mmg tak tinggi..ko buat mcm ni pula..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2023 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Saikonya.. ni kes terpencil ka org deme mmg pikiaq lagu ni?
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2023 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Org mcm ni kalau x menyusahkan org lain xpe, now mesti insurans dkt sana akn makin ketat n makin susah nk claim. Nk ambil kesempatan tp tamak. Smpai 300++ kali sakitkan ank. Ko nk duit sgt, ko la berlapar. Klau xmampu, pegi la jd porn actress ke
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2023 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat pelakon icarly yg tulis buku tajuk im glad my mom died tu. Maknya tak kasi mkn bnyk, sbb taknak dia cpt besar, so that dia boleh dpt bnyk watak kanak2. Kesian budak2 mcmni, maknya selfish another level.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2023 07:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 23-7-2023 07:48 AM
Saikonya.. ni kes terpencil ka org deme mmg pikiaq lagu ni?

Jepun Cina korea selatan korea utara
Bab anak kan mmg ke laut
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2023 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak cerita dan filem sedih pasal mak2 jepun ni. Tinggalkan anak berhari2 sampai mati kelaparan. Bukannya budak tu oku mental dan fizikal pun. Gila hasil kena bom atom kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2023 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
allshares replied at 23-7-2023 04:29 PM
Teringat pelakon icarly yg tulis buku tajuk im glad my mom died tu. Maknya tak kasi mkn bnyk, sbb ta ...

Miranda cosgrove ka?
Tazangka...

Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2023 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 23-7-2023 07:41 PM
Jepun Cina korea selatan korea utara
Bab anak kan mmg ke laut

Tak sangkanya.. nnt nak tgk la doyankimchi tu jaga anak camne..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2023 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 23-7-2023 11:41 AM
Jepun Cina korea selatan korea utara
Bab anak kan mmg ke laut


Ummah tempatan pun sama ja. Korang lupa kisah si Firdaus yang abandoned sampai makan tahi sendiri tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 12:14 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 23-7-2023 01:45 PM
Tak sangkanya.. nnt nak tgk la doyankimchi tu jaga anak camne..

yang duduk luar Jepun . Korea , China perangai elok.yang duduk negara sendiri tu kesian.

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 12:21 AM | Show all posts
dua_chzy replied at 23-7-2023 02:43 PM
Ummah tempatan pun sama ja. Korang lupa kisah si Firdaus yang abandoned sampai makan tahi sendiri  ...

budak tu OKU. yang Jepun China Korea . dia tak pedulik anak tu OKU ke tidak
dulu kat Kepong . ada satu famili Cina tanam anak dia dalam rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 05:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Jahan*m punya orang
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 24-7-2023 12:21 AM
budak tu OKU. yang Jepun China Korea . dia tak pedulik anak tu OKU ke tidak
dulu kat Kepong . ada  ...

Ehh.. apa iols baca ni????
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 07:56 AM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 24-7-2023 12:14 AM
yang duduk luar Jepun . Korea , China perangai elok.yang duduk negara sendiri tu kesian.

Iols ingatkan nak jjcm osaka kyoto .. rasa risau plak.. belum apa2 dah pikiaq negatif pasai deme..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2023 08:54 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 23-7-2023 09:42 PM
Miranda cosgrove ka?
Tazangka...

yang jadi kawan dia.. si Sam..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Mooverine replied at 24-7-2023 08:54 AM
yang jadi kawan dia.. si Sam..

Tazangka..

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 10:55 AM | Show all posts
Tinot7 replied at 23-7-2023 11:56 PM
Iols ingatkan nak jjcm osaka kyoto .. rasa risau plak.. belum apa2 dah pikiaq negatif pasai deme..

jjcm ok je. kalau ada perasaan nak menetap kat Jepun tu tak ok.sana kos of living tinggi. buat otak jadi x betul.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2023 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 23-7-2023 09:42 PM
Miranda cosgrove ka?
Tazangka...

Bkn zisss. Yg jadi sam tu
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 05:26 AM GMT+8 , Processed in 0.055644 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list