Demi satu kepuasan, penyanyi Aina Abdul tidak kisah membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk tiga persalinan yang digayakannya di Anugerah Bintang Popular ke-35 (ABP35) yang berlangsung semalam.
Katanya, kos tersebut turut membabitkan sewaan lori lut sinar bagi membawa persalinan rona merah rekaan Behati seberat 25 kilogram (kg) bersama 20 anggota pasukannya serta bayaran tambahan lain. "Bukan sengaja naik lori ke majlis anugerah, tetapi memang perlu kerana baju itu terlalu besar selain turut disokong kayu yang jika dikira beratnya lebih 20 kg. “Cuma kalau naik lori pun saya pastikan kenderaan tersebut nampak gah. Jadi itu yang membuatkan misi ini direalisasikan terutama ketika muncul di karpet merah. “Kiranya senaman dan aktiviti fizikal yang selama ini saya jalani di gimnasium banyak membantu saya menggayakan blazer agam itu,” katanya. Dalam acara karpet merah di ruang lobi Istana Budaya, Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 30, tampil dengan kejutan apabila bukan sahaja tiba dengam menaiki lori lutsinar, malah gambar busana gergasi selebar empat kaki turut tular.
"Blazer merah rekaan Behati ini mengambil masa seminggu untuk disiapkan dan saya mengambil inspirasi konsep mega dalam merealisasikannya,” tambah penyanyi Semalam itu.
|
ADVERTISEMENT