Usai bergambar di acara karpet merah, Aina mengubah gaya kepada helaian diinspirasikan daripada sekuntum bunga mawar merah besar di dada bersama ekor gaun leret.
Sementara itu, Aina yang turut pulang dengan trofi Lagu Paling Boom Popular mengakui sudah lama mengidam gelaran Penyanyi Popular.
Dari kecil saya ikuti anugerah ini jadi apabila menceburi arena ini saya menaruh harapan dapat menggenggamnya dan malam ini jadi kenyataan,” kongsinya.
Ditanya lagi mengenai kritikan peminat terhadap penyanyi lain terutama pesaing dalam kategori sama, katanya dia tidak boleh menyekat kebebasan bersuara.
“Saya selalu ingatkan kelab peminat berhati-hati dan jangan berbalah sebab saya dan rakan artis punya hubungan baik.
“Malah, selagi terkawal saya akan abaikan demi kesihatan mental lebih-lebih lagi bagi yang suka tengok sosial media,” ulas Aina.
Menerusi kategori penyanyi wanita, pencabar lain ialah Ernie Zakri, Nabila Razali, Siti Nordiana dan Wany Hasrita.
Sumber: HibGlam