CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Michael Ang Baru Je Kenal The 1975 Lepas Viral - 'Bodoh Tahap Dewa Orang Famaous Mat Salleh Ni!'

23-7-2023 11:32 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 393| Komen: 1

Tindakan provokatif ahli kumpulan dari British, The 1975 di pentas konsert Festival Good Vibes 2023, pada Jumaat turut menimbulkan kemarahan pengarah dan pelakon Michael Ang.

Katanya di Instagram, tiada siapa peduli mengenai pemikiran dan ideologi yang diperjuangkan kumpulan itu sebaliknya hanya mahu menikmati persembahan mereka.



IG

"Kadang-kadang bodoh juga orang-orang terkenal Mat Salleh ni.

"Kau datang sini untuk menyanyi dan kami bayar untuk melihat persembahan kamu, jadi nyanyi sajalah!

"Nyanyi lepas tu balik!" katanya.

Rata-rata warga maya termasuk rakan selebriti menyokong pendapatnya itu.



Terdahulu, vokalis The 1975, Matty Healy mempertikaikan undang-undang lesbian, gay, biseksual transgender dan pelik (LGBTQ) di Malaysia serta mencium anggota kumpulannya yang juga lelaki, Ross McDonalds ketika menjayakan persembahan pada hari pertama Festival Good Vibes 2023 yang berlangsung di Litar Sepang Antarabangsa, Selangor.

Dia juga memegang botol arak ketika membuat persembahan dan mempamerkan beberapa aksi kurang sopan termasuk meludah. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MAL 25-7-2023 08:59 AM
Michael Ang kenal band apa je?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 08:57 AM GMT+8 , Processed in 0.187499 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top