CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pm Singapura Sasaran 'Scammer'

23-7-2023 11:32 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 144| Komen: 0

Singapura: Iklan palsu menggunakan nama dan imej Perdana Menteri, Lee Hsien Loong bagi mempromosikan penipuan kripto dan lain-lain penipuan dalam talian dilihat semakin berleluasa.

Sehubungan itu Hsien Loong memberi peringatan kepada orang ramai supaya tidak terpedaya jika ada permintaan daripadanya berikutan beliau antara mangsa pemalsuan identiti.


Beliau berkata, banyak iklan palsu dikesan menggunakan imejnya untuk mempromosikan penipuan antaranya membabitkan kripto di internet.


"Iklan sedemikian saya lihat cenderung muncul selepas ucapan atau pengumuman besar dengan banyak liputan media.

"Jika iklan itu menggunakan imej saya untuk menjual produk kepada anda atau meminta melabur dalam beberapa skim atau menggunakan suara saya untuk meminta wang, itu bukan saya," katanya.

Beliau berkata, beberapa iklan palsu dilihat ketika melayari internet dan turut dimaklumkan oleh warga Singapura yang menulis kepadanya.


"Justeru saya menggesa orang ramai supaya tidak bertindak balas terhadap penipuan, berita palsu atau iklan yang serupa dengan tangkapan skrin yang dikongsi dan melaporkannya melalui Bot ScamShield rasmi di WhatsApp.

"Mereka yang telah ditipu boleh membuat laporan polis dalam talian," katanya yang berkongsi tangkapan layar laporan CNA palsu bertajuk "SPECIAL REPORT: Lee Hsien Loong's latest investment has the Government and big banks terrified"

Memetik laporan The Straits Times, ia bukan kali pertama penipu menggunakan identiti Perdana Menteri dalam skim mereka di mana pada Oktober 2022, penipu menghantar e-mel palsu atas namanya untuk menyasarkan personaliti seperti pemimpin kerajaan dalam pelbagai penipuan.

Dalam satu kes, penipu mencipta e-mel seolah-olah dari Pejabat Perdana Menteri dengan kandungan berterima kasih kepada penerima atas sumbangan mereka kepada Singapura.

Pada Jun 2022, polis memberi amaran kepada orang ramai terhadap artikel dalam talian palsu yang kononnya menunjukkan Perdana Menteri menyokong program perdagangan automatik mata wang kripto.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.084442 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top