Bayan Lepas: Gara-gara seekor babi jantan 'menceroboh' kedai serbaneka, situasi premis tersebut bertambah huru-hara apabila haiwan tersebut bertindak agresif hingga mencederakan pekerja di Jalan Dato Ismail Hashim, di sini.
Kejadian kira-kira 6 petang semalam itu turut menyebabkan pelanggan berlari keluar untuk menyelamatkan diri. Pegawai Pertahanan Awam Daerah Barat Daya Kapten (PA) Salman Rahimi Manaf berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.15 petang dan lima anggota bergegas ke lokasi. "Ketika tiba, haiwan itu masih berkeliaran dalam premis, cedera dan dalam keadaan agresif," katanya. Menurut Salman, pihaknya dengan bantuan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) terpaksa menembak mati haiwan itu selepas tembakan pelali tidak berkesan. Haiwan dianggar seberat 80 kilogram itu dipercayai tersesat dan muncul dari kawasan hutan berhampiran.
Sumber: Harian Metro
|
Tinot7 replied at 23-7-2023 11:30 AM
Apa jadi kat bangkai dia lepaih ditembak mati?
Tinot7 replied at 23-7-2023 03:30 AM
Apa jadi kat bangkai dia lepaih ditembak mati?
Skuau replied at 23-7-2023 05:52 PM
jadi ...'bak kut teh'........kot
gigahertz replied at 23-7-2023 07:33 PM
Tukang tembak memusingkan badan dan berlalu pergi
ADVERTISEMENT