CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tunggang Motosikal Ke Makkah, Nak Tunai Umrah

23-7-2023 11:24 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 499| Komen: 5

Kuala Lumpur: Seorang lelaki, Zulkepli Mo'minin, 55, tekad bermotosikal secara solo ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah.

Zulkepli telah memulakan perjalanan solo itu sejak 8 Julai lalu dari Gombak, Selangor dan kini beliau telah sampai di Segi Tiga Emas, utara Thailand.


Menurut bapa kepada lima orang anak itu, beliau memilih ke Makkah dengan bermotosikal secara solo kerana ingin meneroka keindahan negara luar melalui setiap kawasan yang dilalui selain memberi peluang kepadanya untuk menginsafi kebesaran ciptaan Tuhan.


"Mengembara secara solo sudah menjadi minat saya sejak dari sekolah lagi. Untuk kali ini, daripada saya mengembara ke merata tempat tanpa tujuan, baik saya mencabar diri pergi ke Makkah, kota paling suci bagi umat Islam.

"Melalui permusafiran jalan darat ini jugalah saya berpeluang merasai jerih payah perjuangan orang-orang terdahulu yang bertebaran ke seluruh alam dalam menyebarkan agama Islam," katanya ketika dihubungi Bernama.


Pada kembara kali ini, Zulkepli menggunakan motosikal jenis Yamaha FZ150 miliknya yang telah berusia 10 tahun dengan beberapa modifikasi telah dilakukan termasuk menaik taraf enjin baharu sesuai dengan perjalanan jarak jauh.

Selain itu, motosikal yang ditunggang Zulkepli juga membawa bebanan bersama yang dianggarkan sebanyak 70 kilogram antaranya alat ganti motosikal, khemah, baju sejuk, makanan dan kit kecemasan.

Zulkepli yang juga pengusaha tasbih berkata beliau menggunakan sebanyak RM70,000 hasil wang simpanannya untuk merealisasikan impiannya itu selain turut menerima sumbangan daripada orang ramai.

"Kos paling mahal adalah untuk merentasi China selama 16 hari iaitu berbelas ribu kerana setiap pengembara yang membawa kenderaan ke negara itu perlu membayar kos pemandu pelancong yang akan menemani sepanjang perjalanan," katanya.

Ditanya bagaimana pemilihan laluan dilakukan, Zulkepli berkata, beliau membuat persediaan sejak dua tahun setengah lalu termasuk banyak membuat rujukan dengan pengembara motosikal terdahulu dan menonton di YouTube ekspedisi sama yang pernah dilakukan sebelum ini.

Orang ramai yang berminat mengikuti perkembangan kembara unik Zulkepli boleh layari Facebook rasminya, 'Gombak ke Makkah 2023' atau di TikTok 'jiwakembara125' yang dikemas kini dari semasa ke semasa.


Sumber: Bernama

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote wirazam 23-7-2023 11:40 AM
Tetiba teringat cuter yg jalan kaki Dari Malaysia nak buat Haji...dpt buat hj ke tidak mamat tu
Quote uda 23-7-2023 12:19 PM
wirazam replied at 23-7-2023 11:40 AM
Tetiba teringat cuter yg jalan kaki Dari Malaysia nak buat Haji...dpt buat hj ke tidak mamat tu

Rasanya dia dapat buat haji. Ada terbaca berita dia dalam paper.

Harap2 pakcik ni dapat selamat sampai ke Mekah.
Quote asamfish 23-7-2023 12:59 PM
semoga abang ni dah buat segala persediaan dokumentasi perjalanan.  sebab dah terjadi suatu masa, serombongan makcik pakcik naik vespa dari malaysia untuk buat umrah, last2 terkandas di uae kerana dokumentasi tidak mencukupi...terpaksa meminta belas ehsan rakyat malaysia (dgn bantuan kedutaan) di uae untuk bermalam selama seminggu sementara memohon dokumen perjalanan yang akhirnya adalah lebih berkesan untuk mereka kembali ke tanahair.
Quote Supersirap 23-7-2023 01:42 PM
Semoga selamat sampai ke Makkah dalam keadaan yang sihat dan sejahtera
Quote chiyoasuka 30-7-2023 04:22 AM
hebat pcik ni

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.257836 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top