Pengarah Pilihan Raya PKR, Rafizi Ramli mengingatkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menerima watikah pelantikan untuk bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) supaya bergerak pantas memulakan kempen.
Katanya, calon yang lambat menghidupkan 'enjin' kempen berdepan watikah pelantikan mereka ditarik. Beliau akan mengejar calon dan jentera pilihan raya bagi memastikan setiap hari dilaksanakan aktiviti kempen yang pelbagai dan mencukupi. "Kalau dalam tempoh seminggu ini jika saya merasakan mereka yang dicalonkan ini lambat mula enjin, saya sendiri akan jumpa presiden untuk tukar pencalonan. "Sebab itu kita umum awal untuk pastikan jangan berulang cerita dulu-dulu, masa nak jadi calon lobinya sampai ke langit tetapi apabila sudah jadi calon, dia menjadi raja sebelum menang. "Kepada jentera di luar, jika ada calon seperti itu maklumkan kepada saya," katanya pada Program Pengumuman Calon PKR di Seksyen 7 di sini pada Ahad.
Sumber: Sinar Harian
|
ADVERTISEMENT