CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Polis Cari Lelaki Baring Atas Jalan

23-7-2023 12:34 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 662| Komen: 7

Ipoh: Polis sedang mengesan individu yang bertindak berbaring di atas jalan berhampiran stesen minyak Petronas Gunung Lang dekat Jalan Kuala Kangsar seperti video yang tular di laman sosial Twitter hari ini.


Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, setakat ini pihaknya belum mengetahui masa dan tarikh sebenar kejadian itu berlaku.


TANGKAP layar rakaman video seorang lelaki berbaring di atas jalan di Jalan Kuala Kangsar, Ipoh yang tular dalam media sosial hari ini. - UTUSAN


Katanya, satu laporan polis telah dibuat dan siasatan kes itu dijalankan mengikut Seksyen 283 Kanun Keseksaan atas kesalahan bahaya atau halangan di jalan awam.


“Kita sedang mengesan individu terbabit dan aksinya yang dirakam kamera papan pemuka kereta itu dipercayai berlaku di Jalan Kuala Kangsar.


“Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat berkaitan lelaki itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Supetintenden Fadli Ahmad di talian 019-2500019,” katanya.


Video berdurasi 41 saat itu tular di media sosial dengan memaparkan seorang lelaki sambil memegang topi keledar melintas jalan sebelum dilihat merebahkan badan di atas jalan.


Tindakan lelaki terbabit menyebabkan beberapa kereta terpaksa berhenti dan mengelak daripada melanggarnya. 



Sumber: Utusan



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote antikorok 23-7-2023 12:39 AM
Penyakit puaka scam jalanan dah mula merebak ke tanah ayer ini
Quote ctaz 23-7-2023 12:54 AM
suruh je lori langgar sampai bersepai
Quote sukacactus 23-7-2023 07:07 AM
Semoga satu hari nnt tercapai cita2 dia, ingin dilanggar
Lagi teruk, lagi bagus!
Quote tikusmontok 23-7-2023 07:12 AM
Kesiannya la polis kena hadap benda2 bodo camni, mana ngan kes2 sedia ada lg.
Quote SalenaGomez 23-7-2023 07:29 AM
tikusmontok: Kesiannya la polis kena hadap  ...


Bagi lagi pati masuk malaysia beramai2
Quote otai_g 23-7-2023 07:43 AM
Apa Kes plk ni? Nak bunuh diri ke apa? Kalo kena langgar Naya kat org yg melanggar dulu. 1 hal nak bersoal jawab dgn polis nak cuci darah melekat kat kereta lg.
Quote imanjannah 23-7-2023 10:32 AM
dulu biasa tgok video2 gini kat tanah besar sana, la ni.. dah jadi semakin byk kat Msia pula..

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.034302 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top