CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Bapa Tunai Ibadah Haji, Anak Buat Parti

22-7-2023 11:22 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2520| Komen: 25

Ampang Jaya: Sepasang suami isteri terkejut apabila kepulangan ke tanah air selepas menunaikan ibadah haji disambut dengan keadaan tombol pintu bilik rumah mereka dipecah masuk.

Rupanya, anak lelaki mereka mengadakan 'parti' dan 'lepak' di kediaman ibu bapanya pada 15 Julai lalu.


Keseronokan berparti bertukar menjadi episod malang apabila lelaki itu dipukul oleh rakan yang datang malah tujuh jam tangan milik keluarganya yang bernilai RM300,000 turut dicuri.

FOTO Ihsan PDRM

Semua itu hanya diketahui pasangan suami isteri itu setibanya di rumah mereka di Taman Melawati pada jam 2.20 pagi semalam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, hasil permeriksaan lanjut wanita berusia 51 tahun itu mendapati tujuh jam tangan pelbagai jenama hilang dengan anggaran kerugian RM300,000.


"Susulan itu, pada jam 1.30 tengah hari semalam, sepasukan polis membuat serbuan di rumah di Subang Jaya dan menahan ahli muzik sambilan wanita berusia 26 tahun dan penuntut universiti awam lelaki berusia 21 tahun.

"Suspek wanita mempunyai tiga rekod lampau atas kesalahan dadah dan urin positif dadah jenis THC manakala suspek lelaki tiada kesalahan lampau dan urine positif dadah jenis THC," katanya kepada Harian Metro malam ini.

Hussein berkata, dalam serbuah berkenaan, polis berjaya merampas barangan yang dicuri iaitu enam jam tangan, papan luncur (skate board) yang digunakan memukul anak pengadu, beberapa telefon bimbit serta barangan lain.

"Berdasarkan hasil siasatan, suspek bersama lebih kurang lapan hingga 10 orang rakan-rakan anak pengadu dijemput oleh anaknya untuk pergi ke rumah itu berparti dan lepak makan.

"Salah seorang suspek yang masih bebas ada bertanya kepada anak pengadu berkenaan urusan pinjaman wang yang dibuat olehnya dengan menggunakan nama suspek.

"Keadaan itu mencetuskan pertengkaran sehingga anak pengadu dipukul menyebabkan mengalami lebam di bahagian mata," katanya.

Beliau berkata, suspek kemudian masuk ke dalam bilik pengadu dan mengambil barang-barang miliknya.

"Kedua-dua suspek ditahan reman selama empat hari sehingga 25 Julai ini dan usaha mengesan serta menangkap suspek yang masih bebas masih dijalankan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kesalahan, Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 22-7-2023 11:31 PM
Losernye anak kau
Quote Tiggybiru 22-7-2023 11:33 PM
Maksudnya anak dia pun tak bgtau parents apa2 sepanjang 15july tu ke? Ya Tuhan..kesian betol family ni
Quote ultra78 23-7-2023 12:26 AM
Ingatkan tubuhkan parti politik baru.
Quote mojarean_X 23-7-2023 12:27 AM
Blk2 tanah suci dh ditimpa ujian
Quote hareeeesah 23-7-2023 12:34 AM
Kalau ada collection jam mcm ni T20 la kan?, tp ank buat loan pki nama kwn pasaipa??
Quote che-cikL 23-7-2023 01:23 AM
Macam citer org putih all, bawak balik kawan buat parti rumah jadi tunggang langgang
Quote sharlenetexas 23-7-2023 01:26 AM
Apsal tak sewa banglo je? Partilah puas2.

Quote imanjannah 23-7-2023 07:14 AM
anaknya yg bermasalah
Quote Minami2013 23-7-2023 07:19 AM
Nasib tak kena bunuh. Panjang lagi umur anak nya.
Quote krustykrab 23-7-2023 07:28 AM
Si anak tu mesti terlibat dgn kegiatan haram lain. Anak kalau gini perangainya masa parents tkde kt rumah mmg harus dihalau je.tk layak dpt harta sesen pun.
Quote otai_g 23-7-2023 07:47 AM
Mcm anak x menjadi je kekdahnya ni. Nak buat parti bagai. Cuba cek balik source income kot2 ada yg kurang halal. Takut oo bnd2 cengginih.

Bab kurang halal ni kalo kat opis ko overshadow smpikan Tekan org bwh Dan team mate ko pun x elok jgk. Tu seolah2 ko tabur pasir dkt periuk nasi org lain.
Quote cruz2 23-7-2023 08:58 AM
Plot twist anak sendiri pakat dgn kwn2 jahanam tuh
Quote cmf_premierleag 23-7-2023 09:13 AM
Mesti ada parti seks skali ni..bukan bleh percaya pun stok2 gini
Ok done pitnah
Quote kepompong 23-7-2023 09:40 AM
ultra78 replied at 23-7-2023 12:26 AM
Ingatkan tubuhkan parti politik baru.

hahahhahaha sbnrnya i pun terpk benda sama . lepas baca artikel baru rasa ehhh c.i. sgt i ni kan hehehe
Quote kepompong 23-7-2023 09:42 AM
ungrateful son. Ni baru real betul2 ungrateful son…
Quote pisanggoreng 23-7-2023 10:12 AM
iman tak dapat diwarisi .....
Quote asamfish 23-7-2023 10:31 AM
ini mesti anak yang yang baye2 bbdk college ni...darah muda...entahlah...bagi aku biasa je bila bbdk baye2 tu 'cilok' buat party kat rumah bila makpak takde.  nak2 pulak takde berminggu2.  cumanya, dalam byk2 kawan2 dia tu, mesti la ada dua tiga orang yang panjang tangan.
Quote PinkyPie 23-7-2023 11:01 AM
Kamon babi lesgo party
Quote gangerina 23-7-2023 11:06 AM
parents ni pasni jual je rumah diorg, beli kondo yg ada security so anak kau tak yah la nak dtg2 recce barang...

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.050176 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top