CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

MCMC Perlu Pantas Turunkan Kandungan Berunsur Ajaran Sesat

22-7-2023 11:02 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 312| Komen: 3

Putrajaya: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) perlu menggunakan kuasanya untuk bertindak pantas menurunkan kandungan berunsur ajaran sesat yang difatwakan haram di media sosial, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar


Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar. FOTO FAIL BERNAMA

"Masalahnya media sosial (cepat tular), semoga dengan adanya fatwa (haram) ini, MCMC bertindak cepat dengan kuasa yang ada untuk menurunkan cepat-cepat (kandungan berunsur ajaran sesat)," katanya kepada media di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas Majlis Peluncuran Majlis Hadis Sahih Al-Bukhari Peringkat Kebangsaan di Masjid Putra oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd Na'im berkata penempatan seorang kader atau pegawai hal ehwal agama Islam di MCMC oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan dilakukan selepas mesyuarat bersama suruhanjaya itu Isnin ini.


"Kader ini adalah pegawai pakar, sebelum ini jika berlaku benda (unsur ajaran sesat) MCMC akan datang ke Jakim dan ini akan melambatkan proses (menurunkan kandungan)," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 23-7-2023 08:18 AM
user medsos terutama tiktok tu pun kalau dh nmpk patut tanggungjawab la sikit report ke apa... ni tak, dok share pula dgn kata2 cacian acah2 mempertahankan agama pd hal tonggang isu panas juga. dasar clout chaser
Quote Supersirap 23-7-2023 01:50 PM
Macam-macam ajaran sesat yang keluar di medsos ya
Quote kakikuDibibirmu 23-7-2023 06:43 PM
SiIncredibleHulk tersenyum sinis

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.055935 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top