CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Zoo Terkejut Gorila Disangka Jantan Lahirkan Anak

22-7-2023 10:50 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1169| Komen: 18

Washington: Kakitangan sebuah zoo di Ohio menerima berita mengejutkan apabila seekor gorila yang mereka percaya jantan telah melahirkan anak gorila betina, lapor portal berita Perbadanan Penyiaran British (BBC), semalam.


Zoo Columbus menyatakan, gorila disangka jantan tersebut bernama Sully yang menjadi penghuni zoo tersebut sejak 2019. Sully ditemui bersama anaknya kelmarin.

Seekor gorila yang disangka jantan bernama Sully bersama anak perempuannya yang dilahirkannya dalam minggu ini di Zoo Colombus, Ohio. - Gambar Zoo Columbus/Twitter

Pihak zoo berkata, Sully sentiasa sihat sehiggakan mereka tidak perlu memeriksa keadaan kesihatannya, menyebabkan mereka keliru tentang jantina gorila itu.

Mereka juga tidak berasa curiga sehingga melihat gorila tersebut yang berusia lapan tahun menyusu anaknya. 

Pada kebiasaannya, gorila tidak mempunyai organ seks yang menonjol dan tidak menunjukkan tanda-tanda akan bunting kerana perut haiwan tersebut besar,  manakala saiza bayinya jauh lebih kecil berbanding bayi manusia.

Pihak zoo tersebut akan melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi menentukan induk jantan anaknya.

Sully tinggal dalam kumpulan gorila yang dipimpin oleh Mac berusia 39 tahun termasuk dua ekor gorila jantan muda. – Agensi


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 22-7-2023 10:53 PM
Edited by Skuau at 22-7-2023 10:57 PM

"yg belakang itula jantan..yd di depan itu la betina...dh sampai ke bulan(konon)...itu pun x reti"-ahli nujum pak belalang....
Quote ultra78 23-7-2023 12:34 AM
Memandangkan kes ini di amerika,kemungkinan gorila tu trans male.
Quote zuuu 23-7-2023 01:34 AM
Adoi,pihak zoo pun xkan la x pernah check langsung gorilla tu,xkan xde rekod jantina,sampaikan bila dia beranak baru semua pakat terkejut bagai...
Quote sharlenetexas 23-7-2023 01:38 AM
Siapakah yg bertanggungjawab? Takkanlah gembala tak perasan gorilla tgh on heat?

Quote sukacactus 23-7-2023 06:55 AM
Wahhh skandal baru pecah kat zoo ohio!
Quote krustykrab 23-7-2023 07:07 AM
Siap nk buat ujian dna
Quote BumpIQ 23-7-2023 07:23 AM
Adakah gorilla tersebut @Bipolajourney2 yang merupakan pesakit mental oku yang telah menggunakan kad konon kena godam berbulan2 untuk menganggu forumer dalam ni akibat NPD
Quote Minami2013 23-7-2023 07:56 AM
Khunsa agaknya
Quote kakikuDibibirmu 23-7-2023 07:58 AM
Bonus hole tersenyum sinis
Quote noell 23-7-2023 11:17 AM
ultra78 replied at 23-7-2023 12:34 AM
Memandangkan kes ini di amerika,kemungkinan gorila tu trans male.

...yg mahu dikenali sebgai she/her/they
Quote Tinot7 23-7-2023 11:27 AM
Alahai.. tomey baby gorilla.. sapa la bapak dia? Mesti alpha male dlm grup tu kan?
Quote lazim 23-7-2023 11:31 AM
Kucing iols gitu jgk. 5 beradik, 1 comot 4 hitam putih. Comot tu dah sah la betina. Yg 4 htam putih jantan. Dh umur dlm 4 bln gitu mak iols meraba yg nama hapiz tu xde plk telo.. adoi mana nk sangka dh corak siap bntuk janggut tu iols buh nama hapiz nmpk warak. Sekali hapizah. Trs skrg pnggil dia pijahh
Quote green~tea 23-7-2023 11:58 AM
So woke ni sama level gorilla je lah.. confused gender
Quote Firenzza 23-7-2023 12:15 PM
X kan la tukang cuci kandang zoo x perasan gorila tu dh lama x dtg bln
Quote Supersirap 23-7-2023 01:49 PM
Yang penting semuanya selamat
Quote dani-rox 23-7-2023 05:29 PM
gorila pengkid
Quote Skuau 23-7-2023 05:31 PM
awat tak selak kain dia??? dlu ada orng suh sajat wat camtu...
Quote chiyoasuka 30-7-2023 04:14 AM
hahahah tak mslhnya anak gorilla tu comel

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.418598 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top