Mexico: Seorang penjual bunga di Mexico terkejut apabila dia menerima bungkusan berisi zakar manusia di luar kedainya, lapor akhbar New York Post semalam. Kotak misteri berunsurkan ugutan itu dihantar ke kedai bunga Roses de Los Mochis di tengah Los Mochis, barat laut Bandar Raya Mexico awal bulan ini.
Kotak itu pada awalnya disyaki berisi bahan letupan jadi polis tempatan meminta skuad bom untuk menyiasat. Selepas melakukan beberapa ujian, mereka mengesahkan bahawa kotak itu mengandungi sekeping surat dan dihantar bersama kalungan bunga pengebumian. Surat itu tertera mesej: “Refleksi tindakan anda. Jadi anda boleh mendapat pengajaran dan jauhi urusan saya.” Pihak berkuasa bagaimanapun masih belum berjaya mengenal pasti pengirim bungkusan itu. – Agensi
Sumber: Kosmo! Online
|
zuuu replied at 23-7-2023 01:37 AM
Jap penjual bunga tu lelaki ke pompuan,apa mesej yg ko nak sampaikan sbnarnya???
rospinki replied at 23-7-2023 09:30 AM
Pernah dulu kawan jahat pegi bali balik bawak gift bagi kat aku igtkan apa dia ckp jgn bukak dulu nt ...
sharlenetexas replied at 23-7-2023 02:36 PM
Maksud bungkusan tu kami akan kerat anu ko sampai mati?
Samerosie replied at 23-7-2023 02:38 PM
Camne kerat anu aampai mati tu? Kalau anu dia pensel 2b tak sempat kira sampai 2 dah ninish.
ADVERTISEMENT