CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Ditinggal Atas Buaian Besi

22-7-2023 09:16 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 735| Komen: 3

Sabak Bernam: Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan, ditemui atas buaian besi berhadapan sebuah rumah di Lorong Asrama Anak Yatim, Batu 36 di sini, hari ini.

Bayi terbabit yang sudah dipotong tali pusatnya, ditemui oleh seorang pemandu lori berusia 29 tahun ketika mahu keluar bekerja pada jam 8.55 pagi.


Bayi lelaki yang masih bernyawa ditemui atas buaian besi hadapan sebuah rumah di Lorong Asrama Anak Yatim, Batu 36, pagi hari ini. - Foto tular

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias, berkata pengadu tinggal di rumah itu sejak berusia 18 tahun bersama seorang rakannya yang bekerja sebagai tukang kebun di asrama anak yatim.

"Pemandu lori itu terlihat sesuatu seperti bungkusan di atas buaian besi berhadapan rumahnya.

"Apabila didekati, beliau mendapati seorang bayi masih bernyawa dengan dibaluti kain batik," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Agus Salim berkata, bayi itu tidak dipakaikan sebarang pakaian.

Katanya, lelaki itu menghubungi pihak hospital untuk mendapatkan bantuan dan sebuah ambulans tiba beberapa minit kemudian bagi membuat pemeriksaan awal.

"Pembantu perubatan Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) mengesahkan bayi berkenaan berkeadaan sihat dan tidak mengalami kecederaan fizikal," katanya.

Beliau berkata, bayi berkenaan bersih dan tiada kesan darah namun tiada dokumen atau barangan lain ditinggalkan.

Katanya, bayi terbabit dibawa ke HTAJ untuk rawatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.


Sumber: BH Online

 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 22-7-2023 10:34 PM
Byk pati kan kat sabak bernam
Bot2 mendarat kat situ
Quote Skuau 22-7-2023 10:52 PM
lagi 20 taun:
Bapak gue malezia..mak gue indon...mohon IC nya pak.
Quote Buritan 23-7-2023 02:18 AM
Hrp jgn ex stodent aku sudah.. budak Bettina di sabak Bernam MMG gatai puki yg jntn pulak gatai kote

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 06:06 AM GMT+8 , Processed in 0.149136 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top