CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tong Ikan Penyelamat Tiga Nelayan

22-7-2023 08:47 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 504| Komen: 4

Kuching: Tiga daripada empat nelayan yang dilaporkan hilang sejak lima hari lalu selepas dua bot karam di perairan Miri, ditemui selamat, hari ini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Miri, Kepten Maritim Mohd Shafie Paing berkata, ketiga-tiga nelayan terbabit yang berada di dalam tong ikan dan berpaut pada boya oleh pekerja pelantar minyak pada jam 10.30 pagi tadi.


Beliau berkata, kesemua mangsa dibawa ke pelantar minyak yang terletak 32.5 batu nautika di barat laut Kuala Baram dan menunggu helikopter Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk membawa mereka ke darat.

TIGA nelayan yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu ditemui selamat di dalam tong ikan di perairan Miri. FOTO Ihsan pembaca.

"Difahamkan salah seorang daripada tiga nelayan yang ditemui selamat itu mengalami kecederaan dan mereka akan dibawa ke Lapangan Terbang Miri untuk pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan rawatan lanjut.


"Mangsa yang berjaya ditemui selamat hari ini ialah nelayan yang menaiki bot bernombor pendaftaran SFS3-4334 iaitu Zaidi Nawi 43, Anuar Amin 54 dan Junaidi Jamin 70," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Shafie berkata, operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) kini diteruskan bagi mengesan seorang lagi yang masih hilang, Masni Jana, 60 yang menaiki bot bernombor pendaftaran SFS3-4271.

Dalam kejadian Selasa lalu, dua lagi nelayan yang menggunakan bot pendaftaran SFS3-4271 iaitu Muhammad Firdaus Mustaqim Roly, 35 dan Mohamad Azrul Abdullah, 20, berjaya diselamatkan oleh pasukan CARILAMAT berdekatan pelantar minyak iaitu pada jarak 8.6 batu nautika dari Kuala Baram.

Bot nelayan tempatan itu keluar dari jeti nelayan Piasau Utara pada jam 8.30 pagi Selasa lalu.

Menurutnya lagi, pencarian mangsa keempat hari ini dilaksanakan dalam radius 1,020.64 batu nautika persegi.

"Cuaca hari ini cerah dan keadaan laut tenang dengan ketinggian ombak hanya antara 1.5 meter hingga 2.5 meter," katanya.

Mohd Shafie berkata, sebanyak lapan aset udara dan laut digerakkan membabitkan dua aset Maritim Malaysia, satu aset Pasukan Polis Marin, satu aset Unit Udara JBPM, dua bot JBPM, satu aset Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta satu aset Sarawak Coast Guard membabitkan keseluruhan anggota penyelamat seramai 108 orang.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 23-7-2023 08:19 AM
Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia
Quote Tiggybiru 23-7-2023 11:35 AM
Allahuakbar..alhamdulillah semuanya slmt
Quote chiyoasuka 30-7-2023 06:31 AM
syukur selamat kembali
Quote kakikuDibibirmu 30-7-2023 06:43 AM
5 hari tak berak-berak?

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:48 AM GMT+8 , Processed in 0.408889 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top