CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 2 Tahun Sesak Nafas Tertelan Cincin Ibu

22-7-2023 06:50 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 701| Komen: 4

Dungun: Sepasang suami isteri berdepan detik cemas selepas anak perempuan mereka berusia dua tahun tertelan sebentuk cincin di rumah mereka di Felda Kerteh 4 di sini pada semalam.

Anak mereka, Nur Syifaa Dahlia Mohd. Alif Zulfikar telah tertelan barangan kemas berkenaan pada pukul 1 pagi.


Nurhanis menunjukkan cincin yang ditelan anaknya, Nur Syifaa Dahlia di rumah mereka di Felda Kerteh 4, Dungun hari ini.

Nurhanis Junazeri, 21, berkata, dia dan dan suaminya, Mohd. Alif Zulfikar Sutling, 31, menyedarinya selepas mendapati anak mereka menghadapi kesukaran bernafas akibat tercekik cincin terbabit.

“Sebelum itu, saya dan Nur Syifaa Dahlia makan bersama di dapur. Saya tinggalkan dia sekejap untuk ke bilik sebelum mendapati dia sudah berada di ruang tamu dalam keadaan sukar bernafas.

“Anak saya menunjukkan lehernya dan pada mulanya kami ingatkan dia tercekik makanan sebelum diberitahu dia sebenarnya sudah tertelan cincin,” katanya ketika ditemui di Felda Kerteh 4 di sini hari ini.


Nurhanis berkata, dia dan suaminya kemudiannya bergegas membawa anaknya ke Unit Kecemasan Hospital Dungun di sini.

Katanya, imbasan x-ray di hospital kemudiannya mengesahkan sebentuk cincin berada di dalam perut Nur Syifaa Dahlia.

“Kerisauan saya dan suami berakhir apabila cincin itu akhirnya berjaya dikeluarkan menerusi saluran najis pada pukul 12 tengah malam tadi,” katanya. 


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 22-7-2023 06:55 PM
Mal bijak biarkan benda2 mcm tu merata2...
Quote Thunderclouds 22-7-2023 07:16 PM
Mesti cincin tader nilai ank voley wat main sampai ttelan.
Quote OshinDaSolja 22-7-2023 10:45 PM
mommy2 muda ni kena lebih peka dan jangan careless jaga anak kecik... rmai yg iollz tngok sambil lewa layan anak asyik ngadap phone je setiap masa...please be a good mommy
Quote zuuu 23-7-2023 01:48 AM
Biar betul...apa yg korang makan pukul 1 pagi tu???budak umur 2 tahun mampu ke bjaga lewat camtu,ke typo kejadian 1 tengah hari???

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:49 AM GMT+8 , Processed in 0.048703 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top