Siapa sangka kontraktor binaan rumah tergamak melakukan benda khurafat di rumah seorang individu. Menerusi pendedahan dibuat sebuah pusat rawatan Islam, individu berkenaan terkena buatan sihir daripada kontraktor binaan rumahnya sendiri yang didakwa warga Indonesia.
Difahamkan, sudah dua tahun ada 'sesuatu' ditanam dalam kawasan tandas rumah tersebut. Justeru, beberapa ustaz bersama bantuan orang kampung memecahkan mozek di penjuru bilik air berkenaan menggunakan mesin khas. Semakin dalam dikorek, semakin kuat aura buhul (simpulan/ikatan) dirasakan termasuklah di luar kawasan rumah. Tiba-tiba, tuan rumah mula berteriak kuat dan menunjukkan gerak-geri aneh seakan-akan sedang dirasuk sesuatu.
Setelah menjalankan rawatan ruqyah, wanita berkenaan yang dikawal ‘benda lain’ bergerak pula ke kawasan tandas tadi untuk mengambil semula apa yang sudah ditanam. Sepanjang dua tahun ini, kehidupan tuan rumah penuh penderitaan apabila seakan-akan menjadi tidak waras gara-gara sihir terbabit. Sumber: Kisah Dunia
|
ADVERTISEMENT