Seorang lelaki, Niz (bukan nama sebenar) berkongsi puncanya bercerai dengan bekas isterinya iaitu Min (bukan nama sebenar) kerana masalah peribadi. “Saya nikahi isteri sekitar hujung 2018 lalu. Kami kenal dari aplikasi dating dan dia sedikit tua berbanding saya.
“Hampir setahun kenal hati budi masing-masing termasuk berjumpa keluarga untuk mendapatkan restu, kami nekad untuk terus bernikah tanpa mengikat tali pertunangan,” katanya memulakan bicara kepada K2. Akui Niz yang merupakan salah seorang pegawai di sebuah agensi kerajaan di ibu kota, dia bersyukur dikurniakan seorang isteri yang tidak kurang rupa parasnya selain pandai memasak dan mencuri hati. Beritahunya lagi, dia juga banyak belajar perkara baharu memandangkan isterinya lebih banyak pengalaman hidup dan ‘makan garam’ berbanding dirinya. “Isteri tidak bekerja tetap seperti saya. Dulu sebelum berkahwin dia ada kerja di sebuah kedai kecantikan selaku promoter dan perunding tetapi selepas terlibat dalam bisnes dia ambil keputusan untuk berhenti kerja.
“Kalau nak cakap pasal perniagaan, macam-macam jenis barang yang isteri jual. Alat soleklah, minyak wangilah dan pelbagai lagi barang keperluan wanita lain. “Di rumah ada satu bilik khas yang memang kami sediakan untuk dia letak stok barang memandangkan isteri merupakan reseller dan dropship macam-macam produk,” katanya. Cerita Niz, 35, jika ada masa dia turut membantu isterinya untuk ke pejabat pos atau mana-mana pusat kurier berdekatan bagi membantu menghantar pesanan pelanggan. Jelas anak kelahiran Kuala Pilah itu lagi, ketika awal pembabitan isteri dalam perniagaan online, dia cuba untuk menerima dan membiasakan diri dengan skop kerja isterinya itu. Namun lama-kelamaan, dia merasakan isterinya itu lebih mementingkan soal kerja, perihal pos barang, sesi sembang (live) saban hari hampir 24 jam bagi mempromosikan barang tanpa memikirkan keperluannya sebagai suami. “Dulu dia jarang nak buat live. Kalau ada pun sekadar Instagram Story dan TikTok Story, tapi sejak dua menjak terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dia mula buat live sampai berjam-jam sehari. “Saya tengok isteri dah macam kemaruk jual barang sampai kadang lupa nak makan. Itu belum dia tinggal solat, abaikan kerja-kerja rumah dan lain-lain,” ujarnya. Kongsi Niz lagi, paling menguji kesabarannya sebagai suami, isterinya juga ada beberapa kali menolak untuk ‘bersama’ kerana mahu kejar ‘sales’ di TikTok. Akui Niz lagi, dia bukan tidak pernah bercakap dan berbincang mengenai isu tersebut secara baik dengan isterinya, namun tiada kata sepakat yang dapat dicapai. Lebih setahun berlalu dan hidup dengan isteri ibarat ada dalam tiada, Niz nekad untuk memberikan kata dua kepada Min setelah berfikir sedalamnya. “Saya beritahu isteri jika dia terus- menerus begitu, saya tidak akan boleh berkompromi lagi dan akan menceraikannya. “Pada mulanya isteri terkejut dan terkesima juga apabila saya berkata sedemikian, sempatlah dia berubah dalam beberapa hari menjaga keperluan dan kebajikan rumah. “Masuk seminggu, dia mula buat hal dan hidup dengan dunia live semula. Boleh dikatakan siang malam dia live, jarang mandi dan kadangkala hanya bersolek agar nampak segar dan cantik di depan pengikutnya,” katanya. Nekad untuk tidak mahu terus sakit hati, Niz menceraikan isterinya dengan talak satu sekali gus mengarahkan Min untuk kemas barangannya dan keluar dari rumah dalam tempoh seminggu. Kata Niz, isterinya itu ada merayu-rayu kepadanya untuk dirujuk semula dan berjanji akan berubah dan taat kepadanya, namun akui lelaki itu pintu hatinya sudah tertutup rapat dan tidak mungkin peluang datang kali ketiga. Sumber: Kosmo
|
krustykrab replied at 25-7-2023 09:12 AM
Dah la ko ceraikn dia lps tu ko halau dia keluar rumah dlmasa seminggu..oii baghal, kalau dlm iddah ...
krustykrab replied at 25-7-2023 09:10 AM
Cer ko citer ko ada bg dia duit nafkah tak? Kalau bagi, takkn la dia dok hadap nk jual brg² online? ...
pasa replied at 25-7-2023 09:19 AM
rilex la acik kepam gelabah puyoh je.
trisnalovezul replied at 25-7-2023 12:01 PM
kerna itu rmai laki malaysia nikah sama wanita asing kerna bahagia dan tidak pernah bercerai..aku pe ...
ifanonline replied at 25-7-2023 12:03 PM
wanita2 indonesia ramai berbuah dada besar trisna...knp wanita2 malaysia tidak besar buahnya?
trisnalovezul replied at 25-7-2023 12:01 PM
kerna itu rmai laki malaysia nikah sama wanita asing kerna bahagia dan tidak pernah bercerai..aku pe ...
OsHiN_hOnEy replied at 25-7-2023 12:21 PM
ada sorg influenza indon barusan pisah ranjang dgn laki turkiye dia
agaknya kagak pandai layan sua ...
ifanonline replied at 25-7-2023 12:03 PM
wanita2 indonesia ramai berbuah dada besar trisna...knp wanita2 malaysia tidak besar buahnya?
trisnalovezul replied at 25-7-2023 12:52 PM
tpi kenapa tauke2 kaya di msia suka sama kami mau jadikan kami gundik dan bagi kami banyak uang..k ...
trisnalovezul replied at 25-7-2023 12:52 PM
tpi kenapa tauke2 kaya di msia suka sama kami mau jadikan kami gundik dan bagi kami banyak uang..k ...
trisnalovezul replied at 25-7-2023 12:54 PM
kurniaan alloh sama kami lagipun pemakanan kami dan amalan kami makan jamu untuk kuatkan luaran da ...
ADVERTISEMENT