Dewi Perssik ada alasan tersendiri menjadi isteri yang tegas ketika bergelar isteri kepada Saipul Jamil sebelum ini. Kata penyanyi dangdut yang mesra disapa Depe, 37, sikap garangnya itu adalah bertujuan untuk membela diri apabila ada mana-mana pihak bertindak kasar terhadap dirinya.
"Semua orang tahu saya seorang yang garang. Saya garang kerana ada orang yang kurang ajar dengan saya," katanya seperti yang dipetik dari Suara. Dewi menjawab perkara itu sebagai respons kepada pendedahan yang dibuat oleh Saipul tentang masalah dalam rumah tangga mereka sebelum ini. Dia bagaimanapun tidak menjelaskan punca sebenar berpisah dengan Saipul pada 2008 selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga. Dalam satu video yang dimuat naik di laman TikTok, Saipul memberitahu dia menceraikan Dewi kerana tidak tahan dengan sikap wanita itu yang sering naik hantu ketika mereka masih bergelar suami isteri.
"Dewi seorang yang garang. Selama dia menjadi isteri, dia ada perasaan curiga sedangkan saya tidak pernah curang," cerita Saipul. Sementara itu dalam kisah berbeza, Saipul baru-baru ini dikaitkan dengan usahawan lelaki bernama Rizka Atok yang bercerai dengan isterinya selepas 'kantoi' menjalinkan hubungan sejenis. Sumber: mStar
|
minahgempal replied at 22-7-2023 11:10 PM
Orang indon nie..mmg rata2 comel2 cantik2 ..ckp mmg lembut dan ayu jek..cuba kalau diaorg naik hantu ...
ADVERTISEMENT