Seorang lelaki dipenjara seumur hidup selepas didapati bersalah mendera teman wanitanya, Jane Fitzpatrick sehingga mati. Pada 9 Ogos 2021, Mark Campbell, 37, memukul mangsa, 48, menggunakan besi (alat pembuka tayar) di Cable Road Glenrothes.
Difahamkan, mangsa ditemui tidak bernyawa di tempat duduk kereta dinaiki Campbell. Susulan itu, lelaki berkenaan ditahan polis bagi membantu siasatan. Menurutu laporan, sejak menjalinkan hubungan dengan tertuduh pada 2020, mangsa mula mengasingkan diri daripada rakan-rakan dan ahli keluarga. Hal ini kerana, lelaki itu sering mengugut mangsa selain mengawal pergerakannya serta memantau akaun media sosialnya. Siasatan mendapati, selain Jane, tertuduh disyaki mendera tiga wanita lain dengan menendang perut mangsa yang hamil selain memaksa wanita itu memakan daging mentah dan memasukkan dadah ke dalam mulutnya.
Tidak cukup dengan itu, ada juga mangsa yang dicampak Campbell dari tangga. Tertuduh didakwa atas 13 pertuduhan termasuk 12 serangan dan kesalahan seksual terhadap wanita di kawasan Fife, antara 2003 dan 2021. Lelaki itu dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan diperintahkan menjalani sekurang-kurangnya 27 tahun penjara sebelum dia boleh memohon parol. Sumber: OH Bulan
|
ADVERTISEMENT