CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bungkusan Misteri Dari Taiwan, Malaysia Cetus Kebimbangan Rakyat Korea Selatan

22-7-2023 02:29 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 870| Komen: 3

Seoul: Syarikat penghantaran, Korea Post menggantung sementara penghantaran bungkusan antarabangsa mencurigakan berikutan kebimbangan bahawa sesetengah bungkusan tersebut mengandungi bahan berbahaya yang tidak dikenal pasti, lapor akhbar The Korean Times hari ini.


Memetik agensi berita Yonhap, akbar itu melaporkan, langkah tersebut dibuat selepas polis menerima banyak laporan di seluruh negara tentang bungkusan tidak dikenal pasti tiba dari Taiwan sejak beberapa hari lalu.

Gambar menunjukkan sebuah bungkusan dari Taiwan dihantar ke Incheon semalam. - Foto Yonhap

Sebuah bungkusan yang mencurigakan di Haman, Wilayah Selatan Gyeongsang pula telah dihantar dari Malaysia, kata polis.

Penerima menyimpannya selama kira-kira dua bulan, namun melaporkannya kepada polis setelah mengetahui tentang penghantaran bungkusan ‘misteri’ di Ulsan.


Kelmarin, tiga orang di sebuah pusat kebajikan orang kelainan upaya di bandar Ulsan, tenggara Korea Selatan mengalami pening dan sukar bernafas selepas membuka satu bungkusan tersebut.

Mereka telah dimasukkan ke hospital dan dikatakan berada dalam keadaan stabil.

Walaupun ujian perubatan tidak mendedahkan punca gejala itu, polis tidak menolak kemungkinan penggunaan agen kimia beracun. – AGENSI


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote honeybee1802 22-7-2023 03:07 PM
Tempoyak ke apa?
Quote annehuda 22-7-2023 03:10 PM
Teringat antrax
Quote sharlenetexas 22-7-2023 03:16 PM
Antrax?

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.290314 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top