CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Pecah Gegendang Gara-Gara Teman Lelaki Sedut Telinga Ketika 'Bermesra'

22-7-2023 01:15 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 923| Komen: 8

Beijing: Malang nasib seorang wanita di China yang pecah gegendang telinga selepas 'bermesra' dengan teman lelakinya.

Oddity Central melaporkan, masalah itu berlaku selepas lelaki terbabit mencium telinga wanita dikenali sebagai Xiaohua itu.


Media China baru-baru ini melaporkan Xiaohua yang berasal dari bandar Huizhou, Wilayah Guangdong itu datang ke Jabatan Telinga, Hidung dan Tekak (ENT) Hospital Rakyat Pertama Huizhou kerana mengalami sakit ringan dan hilang pendengaran di telinga kirinya.


Selepas memeriksa pesakit, doktor yang bertugas menemui darah kering pada gegendang telinganya. Pemeriksaan lanjut mendapati Xiaohua mengalami gegendang telinga pecah yang traumatik.

Difahamkan, ada tompokan darah berhampiran lukanya, yang luar biasa namun mengikut sejarah perubatan, Xiaohua tidak mengalami sebarang trauma, kesan atau pukulan.

Bagaimanapun, apabila ditanya sama ada dia boleh mengingati apa-apa yang mungkin menyebabkan gegendang telinga berlubang, Xiaohua memaklumkan teman lelakinya secara tidak sengaja menyedut saluran telinganya ketika keghairahan.


"Apabila dia mencium telinga saya, dia menyedut dengan kuat dan ia mengeluarkan bunyi 'pop'.

"Selepas itu, telinga kiri tidak dapat mendengar. Saya terkejut," kata Xiaohua, memberitahu doktor ENT, sambil menambah bahawa apa yang dia boleh dengar hanyalah berdengung berterusan disertai dengan sakit ringan.

"Dia hanya menyebut bahawa teman lelakinya menggunakan terlalu banyak kekerasan ketika ciuman, dan dia berasa sakit pada masa itu," kata Fu Jia, timbalan pengarah pembedahan kepala dan leher otolaryngologi di Hospital Rakyat Pertama Huizhou, kepada Hui Video.

Doktor menjelaskan bahawa gegendang telinga mudah pecah apabila tekanan atmosfera luaran berubah secara tiba-tiba, seperti dalam kes letupan dan bunyi yang sangat kuat.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 22-7-2023 01:46 PM
Sedutan maut , teringat lak iklan penaja haprak abp smlm, sedut tak cari lain apa jadah.
Quote antikorok 22-7-2023 01:49 PM
Teman lelaki puake! Tinggalkan dia yachh!
Quote Zack8hunter 22-7-2023 02:15 PM
Ada gak erk org fetish kt telinga...
Quote Belibis 22-7-2023 02:18 PM
Gegendang jer ke yang koyak? Selaput dara caner?
Quote grouper 22-7-2023 02:25 PM
Maksudnya dari segi saintifik gegendang telinga acik tu berada dalam keadaan vakum bila disedut oleh boyfriendnya dan tekanan atmosfera menyebabkan gegendang telinganya meletop untuk mencapai keseimbangan semula
Quote Tiggybiru 22-7-2023 03:29 PM
Ke kena tampar telinga [em:4:]
Quote shernazz 22-7-2023 04:43 PM
Hurm..dahsyat sungguh
Mesti tengah ke.puncak.kasih
Quote intan244 24-7-2023 07:03 PM
sedut2x tetelan earwax-_-

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.078745 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top