CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Lemas Terjatuh Ke Dalam Tali Air Bersama Motosikal

22-7-2023 01:09 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 487| Komen: 3

Pendang: Lelaki ditemukan lemas selepas motosikal yang ditungganginya terjatuh ke dalam tali air Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) di Titi Dua Lapis, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira 7.20 malam dan pihaknya menerima panggilan pada 7.50 malam.


Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa berusia 20 tahun menunggang motosikal seorang diri dari Bukit Raya untuk pulang ke rumahnya di Kampung Tanjung Radin, di sini.

ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemui di terusan tengah MADA, Titi Dua Lapis. FOTO ihsan Pembaca

"Sewaktu melalui lokasi kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan lalu tergelincir jatuh ke dalam tali air bersama motosikalnya.

"Mangsa terkapai-kapai meminta pertolongan dan cuba dibantu orang awam yang berada di sekitar tempat kejadian, tetapi ketika itu arus deras memyebabkan mangsa gagal diselamatkan dan tenggelam," katanya hari ini.


Arriz Sham berkata, anggota Balai Polis Pendang digerakkan ke tempat kejadian dan mayat mangsa kemudian dibawa naik ke darat dengan anggota antuan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang.

Menurutnya, mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

"Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian," katanya.

Sementara itu, Ketua BBP Pendang, Muhammad Ezzat Emran Ezani berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 7.32 malam.

Katanya, sepasukan anggota dari BBP Pendang tiba di lokasi melakukan pencarian dan mangsa berjaya ditemui pada 8.26 malam sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 22-7-2023 01:48 PM
Innalillah...
syukur ada yg npk. Ada yg jatuh dlm taliair tu dah kering baru org perasan.
Quote antikorok 22-7-2023 01:53 PM
Edited by antikorok at 22-7-2023 02:04 PM

Innalillahiwainnalillahirajiun.
Titi dua lapis tuh ibarat titi maut tunggu masa jahh kalau tersilap langkap. Scary gituh

[tiktok]7042164972964564251[/tiktok]


https://www.facebook.com/watch/?v=322120975406104
Quote Belibis 22-7-2023 02:23 PM
antikorok:  Edited by antikorok at 22-7-2 ...

Pehhh..nama jer taliair,tapi luas macam sungai der..aku terbayang taliair tempat aku,kalau lompat pun boleh lepas.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.037187 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top