CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bungkusan Coca-Cola, Mcdonald'S, Pepsico Sumber Pencemaran Terburuk UK

22-7-2023 11:41 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 288| Komen: 1

London: Pembungkusan Coca-Cola, McDonald's, dan PepsiCo adalah sumber pencemaran paling teruk di Britain, menurut audit sisa tahunan, lapor PA Media/dpa.

Kumpulan kempen Surfers Against Sewage, yang menyiarkan audit tahunannya pada Jumaat, meninjau lebih 30,700 item pencemaran individu yang dikumpul oleh lebih 4,000 saintis awam di sepanjang pantai, terusan, laluan dan jalan bandar dalam tempoh 12 bulan sehingga 5 Jun.


Gambar hiasan

Semakan Audit mendapati 12 syarikat bertanggungjawab terhadap lebih dua pertiga (70 peratus) pencemaran sisa berjenama yang dikutip sepanjang tahun.

Coca-Cola didapati sebagai pencemar terbesar di United Kingdom (UK) bagi tahun keempat berturut-turut, bertanggungjawab untuk hampir satu perlima (17 peratus pencemaran berjenama yang direkodkan oleh saintis awam).

McDonald's menduduki tempat kedua dengan 11 peratus, diikuti PepsiCo.


Ketiga-tiga syarikat itu bertanggungjawab terhadap 37 peratus daripada semua pencemaran yang dikumpul, susut hanya dua mata peratusan daripada angka tahun lepas.

Pencemaran utama lain termasuk Tesco, Haribo, Nestle, Heineken, Mars, Carlsberg dan Red Bull.

Pengurus kempen di Surfers Against Sewage, Izzy Ross, berkata keputusan itu mengejutkan tetapi malangnya ia tidak menghairankan.

Sementara itu, industri perikanan muncul sebagai sumber utama sisa plastik tahun ini, dengan peralatan menangkap ikan seperti pukat dan tali, menyumbang 11 peratus daripada keseluruhan barangan dan 16 peratus yang ditemukan di pantai.

Sebilangan besar produk vape dan e-rokok juga dikenal pasti buat kali pertama tahun ini sebagai sumber pencemaran, dengan 131 item direkod oleh pengumpul.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zazama 22-7-2023 12:35 PM
Jangan pulak sumbat dlm kontena pos ke Malaysia. Tak ingat pulak pos dr negara mana.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.033746 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top