CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Warga Asing Ditemukan Terapung Di Sungai

22-7-2023 10:59 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 348| Komen: 2

Kemaman: Penduduk di Taman Desa Solehah, Mak Chili, dekat sini, gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki yang ditemukan terapung di Sungai Kuang, berhampiran perumahan tersebut, petang semalam. 


Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mayat lelaki yang dipercayai warga asing itu ditemukan oleh pemancing udang yang kebetulan melalui kawasan itu kira-kira pukul 4 petang. 

KEADAAN mayat dipercayai warga asing yang ditemukan terapung di Sungai Kuang, Kemaman, petang, semalam.

“Pada awalnya mereka yang menaiki bot untuk memancing udang menyangkakan objek yang terapung berhampiran pokok nipah itu adalah kayu, namun bila didekati, objek itu adalah mayat manusia. 

“Mereka kemudiannya menghubungi pihak polis untuk melaporkan penemuan tersebut dan setakat ini identiti lelaki itu masih belum disahkan, namun kita percaya dia adalah warga asing berdasarkan pakaian tradisional yang dipakainya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 


Hanyan berkata, mayat lelaki itu kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut. 

“Proses pengecaman untuk pengesahan identiti akan dilakukan hari ini,” katanya. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BumpIQ 22-7-2023 01:27 PM
Kampung awang hitam ketot bekas kekasih @Bipolajourney2 yang suka menggunakan kad kena godam sebagai alasan untuk menghalalkan perbuatannya wakakakakaka
Quote CiliPadiSedap 22-7-2023 03:21 PM
hari tu kepala air kt kemaman kan?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.090202 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top