CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Yakin Insiatif Payung Rahmah ‘Tidak Mati’

22-7-2023 09:33 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 384| Komen: 5

Sintok: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) yakin inisiatif Payung Rahmah yang diperkenalkan untuk membantu rakyat tidak akan mati seperti pandangan sesetengah pihak.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, sebaliknya inisiatif tersebut terus berkembang dengan penyertaan lebih banyak pemain industri daripada pelbagai sektor. 

Salahuddin meninjau Menu Rahmah di Inasis TM di UUM, Sintok.

“Inisiatif ini sudah berkembang dan saya yakin bahawa ia tak seperti mana yang dibimbangi dan digembar-gemburkan bahawa ia akan ‘mati’ di tengah jalan.

“Nampaknya dari Januari sehingga sekarang, Ogos ini inisiatif Payung Rahmah mendapat sambutan dan apa yang saya rasa gembira adalah di samping pemain industri yang mendukung seluruhnya, kecuali Jualan Rahmah diberikan subsidi dan bantuan yang lain itu adalah sumbangan daripada pemain industri itu sendiri,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Pelancaran Food Bank dan Menu Rahmah serta Libat Urus di Universiti Utara Malaysia (UUM) di sini hari ini.

Tambah beliau, kerajaan melalui kementeriannya itu komited dalam memastikan lebih ramai pemain industri mengambil bahagian dalam inisiatif Payung Rahmah itu.

“Semakin bertambah (penyertaan pemain industri) bermula dengan restoran kemudian Persatuan Restoran Tomyam, Restoran Mamak kemudian bergerak kepada syarikat insurans, perkakasan dan seterusnya syarikat penerbangan.

“Banyak pemain nanti yang akan menyertai ini. Ada saja setiap minggu saya merasmikan produk dan jangan bimbanglah kerana kerajaan komited untuk mengadakan kerjasama dengan pemain industri supaya lebih ramai akan menyertai inisiatif ini,” jelasnya.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 22-7-2023 12:50 PM
kat maidin ada lagi ke? mcm dah senyap je menu rahmah  bagai ni

peach donut rega puluh2 ringgek tu berbondong2 je rekyat mesia beli
Quote Clan204 22-7-2023 01:09 PM
Kitty_catz replied at 22-7-2023 12:50 PM
kat maidin ada lagi ke? mcm dah senyap je menu rahmah  bagai ni

peach donut rega puluh2 ringgek tu ...

3 bulan je kan tokey midin ckp hari tu... tgk poster2 rahmah pun dah sorok2 tepi kaunter... kalau lotus punya rahmah lak utk kids je la portion tu hahaha
Quote Kitty_catz 23-7-2023 09:58 PM
Clan204 replied at 22-7-2023 01:09 PM
3 bulan je kan tokey midin ckp hari tu... tgk poster2 rahmah pun dah sorok2 tepi kaunter... kalau  ...

ooo gicu ke kekdahnyierr 3 bulan ajer... lepas 3 bulan dah takde la dah sakinah, mawadah, warahmah yeee

machiam2, baik tapayah buat ritu pun..
Quote Belibis 23-7-2023 10:26 PM
Innaalillah untuk menteri payung rahmah.
Quote ulamalu 23-7-2023 10:49 PM
Ini kira last official duty sebelum sakit dan meninggal dunia.   Innalillahiwainnailaihiroji'uun.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.070626 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top