CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Malaysia Dipenjara 28 Tahun Tikam Dan Buang Mayat Kekasih Dalam Tong Sampah Kerana Cemburu

22-7-2023 07:43 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 398| Komen: 1

Lelaki warga Malaysia dijatuhkan hukuman penjara 28 tahun selepas didapati bersalah membunuh teman wanitanya dengan kejam pada 2021.

Joon Seong Tan, 38, yang membunuh teman wanitanya, Ju ‘Kelly’ Zhang, 33, ditahan ketika menuju ke lapangan terbang.


Dalam prosiding yang berlangsung semalam, mahkamah mendengar butiran mengerikan bagaimana mangsa ditikam sekurang-kurangnya enam kali di dada di dalam rumah manakala anak lelakinya berusia lapan tahun menonton televisyen di bilik lain.


Foto: AAP

Pembunuhan itu dilakukan kerana cemburu berikutan mangsa mula bergaul dengan lelaki lain selepas hubungan dengan Seong Tan renggang.

Selesai membunuh, Seong Tan kemudian berbohong kepada kanak-kanak itu bahawa ibunya sudah meninggalkannya.

Dia berpura-pura cuba mencari mangsa sebelum membuang mayatnya ke dalam tong sampah dan memandu ke Heidelberg West, di mana tong sampah itu diletakkan di bahu untuk diambil lori pemungut sampah.


Mayat mangsa kemudian dijumpai selepas empat bulan di utara Melbourne.

Hakim, Amanda Fox, berkata Seong Tan mungkin akan menghabiskan hukumannya di penjara di sini sebelum dihantar pulang ke Malaysia, tempat kelahirannya.

“Cara anda menganiaya mangsa dan membuangnya ke dalam tong sampah domestik adalah tidak berperikemanusiaan.

“Dia mempercayai awak, memperkenalkan anaknya dan menjemput awak berada dalam hidupnya,” kata Fox.

Ketika ini, anak mangsa tinggal bersama datuk serta neneknya dan masih diberitahu mengenai insiden yang menimpa ibunya.

Perbicaraan pembunuhan Seong Tan berlangsung selama sebulan dengan mengemukakan berpuluh-puluh saksi, termasuk rakan dan bekas suami mangsa


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MAL 25-7-2023 09:01 AM
tergugat sangat sampai membunuh..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.028164 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top