CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Ganggu Suami Tonton Perlawanan Bola Sepak Didenda

21-7-2023 10:08 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 198| Komen: 0

London: Seorang suri rumah di Britain didapati bersalah melakukan gangguan selepas berulang kali menelefon ketika suaminya menonton perlawanan bola sepak di rumah rakannya, lapor akhbar Daily Star.


Joanne Healey, 59, mengganggu suaminya, Steve, 60, ketika dia menonton perlawanan bola sepak pasukan Chelsea menentang Manchester United di rumah pasangan Ashworth.

Joanne dan Steve Healey. - Joanne Healey/ Cavendish Press (Manchester) Ltd

Apabila Steve tidak menjawab panggilan, Joanne menelefon pula nombor rumah rakan suaminya, John dan Debbie Ashworth. Dia mengganggu pasangan itu sebelum memanggil mereka ‘pedofilia’.

Setelah Steve pulang ke rumah selepas perlawanan berakhir, isterinya disoal siasat oleh polis berhubungan panggilan yang dibuat ke kediaman pasangan Ashworth di Rock Ferry, Merseyside. Joanne didapati mabuk ketika kejadian.


Pertikaian berlaku pada Oktober tahun lalu selepas Joanne bertengkar dengan Debbie setelah dia diminta meninggalkan kelab seni mempertahankan diri yang ditubuhkan olej pasangan Ashworth kerana tabiat minum alkohol.

Joanne dilaporkan mendera Debbie melalui mesej teks, media sosial dan panggilan beberapa hari menjelang perlawanan yang ditonton Steve.

Wanita itu tidak mempunyai sabitan mahkamah sebelum ini dan tidak jelas sama ada dia masih kekal bersama suaminya sehingga kini.

Suri rumah itu mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Wirral, Birkenhead. Dia diperintahkan menghadiri aktiviti pemulihan selama 20 hari dan membayar denda  £234 (RM1,371). – Agensi


Sumber: Kosmo! Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.097149 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top