CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rider Mengamuk Pak Guard Tegur Salah Laluan, Pecahkan Pintu Bilik Kawalan

21-7-2023 06:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 585| Komen: 5

Ampang:Seorang penghantar makanan 'mengamuk' dengan bertindak memecahkan pintu bilik kawalan di sebuah apartment di Taman Nirwana gara-gara berang ditegur akibat salah laluan.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, lelaki berusia 26 tahun itu dikatakan bertengkar dengan pengawal keselamatan sebelum bertindak demikian.


Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, polis menerima laporan kejadian daripada pengurus keselamatan berusia 37 tahun.

Gambar Hiasan

"Lelaki itu yang memeriksa kamera litar tertutup (CCTV) di bilik kawalan melihat berlaku pertengkaran antara pengawal keselamatan warga Nepal dan seorang penunggang motosikal.

"Kejadian berlaku apabila pengawal keselamatan menegur penunggang itu yang memasuki laluan salah menyebabkannya marah.

"Lelaki itu juga bertindak memukul pintu bilik kawalan menggunakan besi pengunci motosikal sehingga pecah menyebabkan kerugian RM200," katanya dalam kenyataan hari ini.


Bertindak atas laporan, Mohd Azam berkata, polis menahan suspek selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, pada jam 4.30 petang hari sama.

Beliau berkata, polis turut merampas motosikal dan pakaian yang digunakan semasa kejadian.

Katanya, suspek direman empat hari bermula hari ini sehingga 24 Julai ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beatgirlX 21-7-2023 07:39 PM
Org muda skg ramai yg baran
Kurang sabar ke mcmana?
Quote rikiruj 21-7-2023 08:03 PM
Kena dakwa lepas tu mintak hukuman di ringankan sebab nak kena tanggung isteri dan anak baru lahir. Kalau dari awal2 kena tegur, ko tukar je laluan pastu teruskan perjalanan, kan aman sentosa.
Quote krustykrab 21-7-2023 08:07 PM
beatgirlX replied at 21-7-2023 07:39 PM
Org muda skg ramai yg baran
Kurang sabar ke mcmana?

Cuaca yg panas kot buat org hilang sabar.
Quote pengecatbintang 21-7-2023 08:09 PM
stress carik duit..

penat keje rider ni
Quote tikusmontok 21-7-2023 08:47 PM
Mangkuk ni elok dok satu sel ngan mangkuk sekor lagi yg tendang makanan tu, boleh main hempuk terajang hari2.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.033000 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top