Kecewa dengan donut peach yang selalu kehabisan stok, kini orang ramai mula berpaling arah kepada buah pic dalam tin. Menerusi perkongsian @imanmulamemasak di akaun TikTok miliknya berkata, dia bertekad untuk mencuba buah tersebut selepas beberapa hari gagal untuk mendapatkan donut pic yang tular itu.
“Dah hari keberapa, aku masih tak jumpa pun lagi donut peach tu. Tapi aku hanya jumpa buah dalam tin ini saja. “Rasa dia sangat sedap masam dan manis, makan pula dengan susu cair dan ais, sebiji macam makan koktail,” tambahnya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut berkongsi pengalaman sendiri mencuba buah pic dalam tin itu.
“Memang sedap, kami diajar makan buah pic ni dari nenek kami. Dari kecil lagi kami makan macam ni,” komen Puteri Nissaben. “Jangan lepas ni buah dalam tin pula habis dijual. Saya suka beli buah ni dan buat puding, sedap,” ujar Cik Manis. Terdahulu, donut peach mendapat perhatian ramai dan menjadi trending di TikTok selepas beberapa pempengaruh berkongsi akan keenakan buah tersebut selain rasanya yang sedikit unik. -CARI Sumber: Kosmo
|
isseliparjepun replied at 21-7-2023 07:52 PM
Peach dalam tin pada I dah lain rasanya. Well, all canned fruits does. Tapi, lain lah.
hareeeesah replied at 21-7-2023 07:30 PM
sblm viral yg kalut donut peach ni xmkn buah ke? Berzaman dh dok ada kat market..
Samerosie replied at 21-7-2023 07:37 PM
Apa ke benda budak2 ni mcm tak pernah rasa pula bemda2 mcm ni tiba2 nak viral pafahal sejak berkurun ...
Samerosie replied at 21-7-2023 12:25 PM
Sejak i kecil, kitarang guna bramd libby's kalau tal de, brand Del Monte tu. Tak pernah lagi I tr ...
Samerosie replied at 21-7-2023 08:25 PM
Sejak i kecil, kitarang guna bramd libby's kalau tal de, brand Del Monte tu. Tak pernah lagi I tr ...
isseliparjepun replied at 22-7-2023 09:24 AM
I pernah makan brand Hosen ni, manis leting.
aechae replied at 21-7-2023 09:02 PM
Tahun 90an ktorg skolah rendah lg bapak iols beli pic dlm tin ni buat dessert. Tu peach strudel ke ...
ADVERTISEMENT