CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bertembung Dengan Lori Kayu-Dua Beranak Maut Kemalangan Dalam Perjalanan Ke Majlis Tahlil, Arwah Sempat Kata "Ini Adalah Kali Terakhir"

21-7-2023 05:25 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 807| Komen: 3

Ummu Noor Hafshah Mohd Zuki, 28, anak sulung kepada mangsa kemalangan maut di Kilometer 37 Jalan Gua Musang ke Jeli, Kelantan pada Khamis mengakui kehilangan ketua keluarga cukup memberi impak besar kepadanya.


Dalam insiden itu, bapanya, Mohd Zuki Mohamed Ali, 55, bersama dua adik lelaki, Muhammad Hasbullah, 15, dan Muhamad Huzaifah, 18, dalam perjalanan ke Dabong, Kuala Krai untuk menghadiri majlis tahlil malam ke-40 arwah datuk mereka kira-kira jam 5.30 petang.

Menurut Ummu Noor Hafshah. keluarganya menerima panggilan daripada seorang individu kira-kira jam 6.20 petang menggunakan telefon bimbit Muhamad Huzaifah, memaklumkan bapa dan dua adiknya terbabit kemalangan.

Foto: mStar

"Seminggu sebelum ini memang ada perubahan sikap arwah abah yang lebih banyak diam. Namun kami tidak mengesyaki apa-apa.

"Malah arwah yang mengajak dua adik lelaki bersama untuk ke majlis tahlil arwah datuk di Dabong dan katanya ini adalah kali terakhir," kata Ummu Noor Hafshah, memetik laporan Harian Metro.


Dalam kejadian 6.15 petang Khamis, Mohd Zuki yang juga pemandu ambulans dan Muhammad Hasbullah,15, maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori muatan kayu.

Muhammad Hasbullah baru seminggu tinggal bersama keluarga di di Kampung Kerinting, Gua Musang kerana sebelum ini belajar di sekolah tahfiz.

"Adik baru bertukar ke Sekolah Menengah Agama (A) Maahad Muhammadi Gua Musang minggu lalu.

"Arwah bersungguh untuk bertukar sekolah kerana ingin bersama keluarga," katanya yang mempunyai lapan adik-beradik.

Isteri mangsa, Noor Azizah Ismail, 51, berkata kehilangan dua ahli keluarga sekelip mata adalah ujian amat berat namun dia reda dan akan kuatkan semangat demi anak-anak.

Jenazah dua beranak selamat dikebumikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kerinting pada Jumaat. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tiggybiru 21-7-2023 06:13 PM
Salam takziah
Quote 3chanceno 21-7-2023 07:02 PM
Innallillah..takziah buat famili...semuga tabah menghadapi kehilangan ini.
Quote gigahertz 22-7-2023 01:29 AM
kalau jalan lama / jalan dalam ni mmg seram nak memotong

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 08:38 AM GMT+8 , Processed in 0.226456 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top