CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

YB Dirakam Secara Langsung Khusyuk Main Judi Online Ketika Sidang Wakil Rakyat

21-7-2023 05:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 907| Komen: 2

Seorang ahli wakil rakyat DPRD DKI Jakarta mengejutkan rakyat apabila dirakam secara langsung sedang bermain judi dalam talian ketika berada di dalam dewan sidang wakil rakyat, baru-baru ini.

Aksinya itu dirakam ketika pihak media sedang membuat liputan sidang berkenaan.


TribunNews

Ketika ditemu bual wartawan, wanita berkenaan mengaku bermain permainan dalam talian pada ketika itu.

"Nak menunggu sidang rakyat untuk bermula tadi kan lama. Saya bosan dan terus main permainan online bersama rakan," katanya.

Namun, dia menafikan bermain judi online pada waktu itu.

"Bukan judi online tetapi Candy Crush. Saya letak tablet meja ketika menunggu masa untuk bersidang.

"Tadi bosan tunggu lama. Kalau ikutkan bermula pukul 1 petang tetapi pukul 3 petang baru bersidang," katanya.

Memetik laporan media antarabangsa, Tribun Jambi, rakaman itu diambil ketika berlaku gangguan teknikal melibatkan sistem audio dalam dewan sekali gus menyebabkan sidang tersebut terhenti seketika.


Pada momen itulah, wakil rakyat tersebut dilihat bermain permainan judi online tersebut menggunakan peranti pintar tablet miliknya yang diletakkan di atas meja.


Sumber: Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote antikorok 21-7-2023 09:29 PM
Edited by antikorok at 21-7-2023 09:32 PM

MP Serbia negara ummah pembunoh umat Islam Bosniak tersengih kerang busok


Quote kkm123 8-8-2023 08:55 AM
Gunakan Akaun Demo: Berlatih berdagang menggunakan akaun demo untuk mendapatkan pengalaman dan menguji strategi berbeza tanpa mempertaruhkan wang sebenar.

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.335922 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top