CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Tipu Rakan Jual Kereta Wira

21-7-2023 05:15 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 232| Komen: 1

Seorang pekerja bebas atau ‘freelancer’ (bebas) mengaku tidak bersalah atas tuduhan memperdaya seorang kenalan lama berhubung urusan jual beli kereta Proton Wira, enam tahun lalu.

Normizan Md Nor, 49, membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Saiful Sayoti di Mahkamah Majistret Kuala Pilah.



Normizan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, atas tuduhan memperdaya seorang kenalan lama berhubung urusan jual beli kereta Proton Wira, enam tahun lalu.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh telah menipu seorang lelaki dengan memperdayakan untuk mempercayai akan menyerahkan sebuah kenderaan jenis Proton Wira dalam urusan juga beli seperti yang dijanjikan dan menyerahkan wang berjumlah RM5,300.

Kesalahan itu dilakukan di antara 10 Januari 2017 hingga 23 Januari 2017 antara pukul 3.04 petang hingga 6.36 petang di mesin deposit tunai (CDM) CIMB Bank Cawangan Kuala Pulah.


Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga lima tahun, atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Peh Fong Xi, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM4,500 dan tarikh sebutan semula kes pada 4 Ogos ini.

Difahamkan, mangsa telah didatangi kenalan lamanya iaitu tertuduh pada penghujung tahun 2016 dan ditawarkan sebuah kenderaan terpakai jenis Proton Wira dengan harga RM5,600.

Mangsa yang tertarik membuat temujanji untuk melihat kenderaan tersebut terlebih dahulu. Selepas melihat kenderaan tersebut masih dalam keadaan baik, mangsa telah membuat pembayaran, namun tidak memperoleh kenderaan tersebut. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Zeatyisaac 22-7-2023 11:46 AM
Ada citer lebih kurang serupa, dia datang merayu nak beli kereta untuk memudahkan dia dan keluarga ke mana2. Atas rasa kasihan, kami jual murah2 je second hand car kat dia atas dasar kesian. Apooo, dijualkan kat orang lain dengan harga mahal. Ambik untung atas angin orang kata. Macam tu pun ada.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.119090 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top