Selepas kalah 0-2 kepada Kuala Lumpur City (KL City) dalam final Piala Malaysia 2021, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah memenangi semuan perlawanan ke atas skuad The City Boys. Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim percaya, detik malang di Bukit Jalil itu tidak akan berulang apabila kedua-dua pasukan berentap lagi dalam final Piala FA esok.
Kekalahan di pentas akhir pada sambutan ke-100 Piala Malaysia ibarat mengejutkan harimau daripada tidur, dan memberi pengajaran besar kepada JDT untuk tampil lebih kuat. Keazaman untuk bangkit daripada kekecewaan menyaksikan Harimau Selatan melakar sejarah menyapu bersih semua empat gelaran dalam liga domestik 2022. Malah tahun ini, mereka memenangi semua 17 perlawanan Liga Super berturut-turut, dan dalam pertemuan terakhir menentang KL City, 3 Julai lalu JDT menang 6-1. “Tahun bila dia (KL City) kalahkan JDT? 2021? Dah lama..kenapa orang ada short memory (memori pendek).
“Kita boleh kalah dan kita juga boleh menang. Kita kalah pada hari itu (final Piala Malaysia 2021) kerana bad day (hari buruk) dan kami tidak bermain seperti JDT bermain. “Selepas itu, perkara terbabit tidak berlaku lagi apabila menentang KL City. Dalam empat atau lima perlawanan kita menang semuanya dengan menjaringkan 20 gol manakala KL City hanya satu gol saja,” katanya menerusi sesi soal jawab di laman sosial Johor Southern Tigers. Tunku Mahkota Johor (TMJ) juga memberi peringatan kepada skuad The City Boys mereka akan berdepan pasukan berbeza kali ini dan tidak mudah untuk menumpaskan JDT di Stadium Sultan Ibrahim. “Mereka kena tahu juga pasukan yang akan bertemu di final bukan pasukan yang lawan pada 2021. Kami berharap boleh menang dan mengcipta sejarah lagi,” katanya. Sumber: UTUSAN ONLINE
|
ADVERTISEMENT