CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kereta Siti Kasim Diletak Bom

21-7-2023 04:55 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 645| Komen: 2

Siti Zabedah Kasim menerusi siaran langsung Facebook mendakwa terdapat objek menyerupai bom diletakkan pada keretanya.

Peguam dan aktivis sosial yang lebih dikenali sebagai Siti Kasim berkata, dia menyedari objek yang diletakkan di bahagian tayar itu ketika menghantar kenderaannya itu ke pusat servis pada pukul 12 tengah hari tadi.



FB

“Terdapat dua botol mineral yang disangkut di bahagian belakang tayar kereta. Ketika ini kereta masih di bengkel dan tidak dapat berbuat apa-apa.

“Saya sudah menghubungi polis menerusi panggilan 999 dan memberitahu ini adalah ancaman bom,” katanya.

Tambah Siti Kasim, dia menghantar kenderaanya itu untuk diservis kerana akan ke Kelantan bagi menyelesaikan isu Orang Asli di sana.

“Saya diberitahu pemilik bengkel berkenaan dan bertanya apa sudah jadi dengan kereta saya, saya kemudian melihat gambar yang dihantar kepada saya dan sangat terkejut.




Kosmo

“Pihak polis kini sudah hadir dan orang ramai yang berada di pusat servis berkenaan diarahkan keluar,” katanya. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 21-7-2023 05:21 PM
Sejak2 ada Siti Bainon, populariti ko merudum teruk Siti Kasim.
Quote CARI-MAL 22-7-2023 07:53 AM
Siapa berani nak bom Siti Kasim?

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.166867 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top