CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dr. Mahathir Perlu Buktikan Jutaan Pelancong China Masuk Malaysia Tidak Pulang Ke Tanah Asal

21-7-2023 04:34 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1497| Komen: 24

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak dapat membuktikan dengan tepat dakwaan kononnya terdapat jutaan pelancong China yang tidak pulang ke tanah asal.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, isu itu bukan perkara baharu, sebaliknya ia rancak dibongkarkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum pilihan raya 2018 yang lalu.


Beliau berkata, jika betul dakwaan itu, individu paling tepat untuk mengesahkannya adalah Dr. Mahathir sebagai individu yang membangkitkan isu itu dan bukannya tugas kerajaan untuk membuktikan perkara itu.

Foto: Malay Mail

“Ketika itu, Tun (Dr. Mahathir) pernah dedah angka dan semuanya, namun beliau tidak selesaikan dakwaan itu dengan bukti dan maklumat.

“Kalau dia (Dr. Mahathir) boleh bantu bekalkan maklumat, itu lebih baik. Namun, hakikatnya tiada. Dia buat pendedahan tapi tidak selesaikannya.


“Saya anggap dakwaan itu kekal di situ. Orang paling tepat untuk ditanya adalah Dr. Mahathir. Boleh Tun beritahu di mana dan berapa ramai, itu lebih bertanggungjawab,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Tahun lalu, KDN pernah melaporkan lebih 1.2 juta warga China dikesan tidak keluar dari Malaysia selepas tiba ke negara ini dalam tempoh di antara 2018 hingga 2021.

KDN memaklumkan, rekod keluar masuk Jabatan Imigresen menunjukkan ketibaan warga China ke Malaysia bagi tempoh berkenaan adalah seramai 7,177,043 orang.

Namun, jumlah warga China yang keluar dari negara ini bagi tempoh sama hanya seramai 5,954,765 individu, iaitu kurang 1,222,278 berbanding jumlah yang masuk ke negara ini. –CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkid_amani 21-7-2023 04:45 PM
Mai la Penang..ramai ja depa ni..ada yg dah kawen beranak pinak dgn cina local
Quote jihyomelly 21-7-2023 04:56 PM
Betoi kat penang ni bersepah depa satu haram x tau cakap melayu..omputih jauh skali..cakap cina pure yg dgr pelik...
Quote kemaruk 21-7-2023 05:03 PM
Abes tu takkan nak letak kat kandang lembu
Quote Skuau 21-7-2023 06:36 PM
Sabah ngn pilaknya.
penang ngn  prcnya.
Quote ChildrenOfBodom 21-7-2023 06:48 PM
Ni laa kerja hakiki hang pudinn, bkn dok sebuk hal ehwal sanusi
Quote akmal 21-7-2023 07:11 PM
Imigresen sure ada rekod keluar masuk..ko map  je lah dgn rekod keluar..mana yg x match tu..confirm tak keluar dari msia..takkan tu pun nk tau
Quote TomyamPuteh 21-7-2023 07:17 PM
Cina Malaysia kulit putih merah sbb cuaca panas. Kulit Cina PRC kulit putih pucat mcm pontianak. Senang sgt nk beza.
Quote dani_5353 21-7-2023 07:46 PM
Penang bersepah. nak pulak kat Air Hitam. semua tu kawasan cina bukit
Quote Zazama 21-7-2023 09:30 PM
".... Dr. Mahathir sebagai individu yang membangkitkan isu itu dan bukannya tugas kerajaan untuk membuktikan perkara itu.... ". Owh... bukan tugas kerajaan ropanya, kaka baru tahu hal ni.
Quote VespaSilbe 21-7-2023 10:50 PM
Hihihi.. teruk yach tatau sapa masuk sapa keluaq...  Nih kalau bangsa asing translate adakah sama jgk macam iols pikir...
Quote Belibis 21-7-2023 11:06 PM
Kalau dah tak jadi kerajaan baru ko ngaku ramai prc tak balik kan??
Quote clara_nur 21-7-2023 11:29 PM
ChildrenOfBodom replied at 21-7-2023 06:48 PM
Ni laa kerja hakiki hang pudinn, bkn dok sebuk hal ehwal sanusi


mai Kedah, mcm2 menteri dia jadi...
hari ni dia jadi menteri JKR pi melawat loji air kt pendang..
mggu depan plk jd menteri pendidikan plk pi melawat student2 tingkatan 6...
Quote xy_daen 21-7-2023 11:40 PM
Apa kebebal benau si Pudin ni...ko yang jaga hal ehwal kemasukan warga asing kot
Quote ChildrenOfBodom 21-7-2023 11:49 PM
clara_nur replied at 21-7-2023 11:29 PM
mai Kedah, mcm2 menteri dia jadi...
hari ni dia jadi menteri JKR pi melawat loji air kt pendang.. ...

Dok bagi jawapan mcm pudin tu semua tu modai nusi nk membahan ja laa. Mcm dia dok tanya pasal warga china kes REE tu last2 nusi smash, imigresen bawah hg, hang tanya aku pasaipa .. mcm ni punya level menteri kdn tataw apa akan jadi kt negara yg makin gagal total sejak2 banduan tua memimpin
Quote kemaruk 21-7-2023 11:52 PM
Rosak terok negara lepas najib dijatuhkan akibat fitnah

Acik2 merasalah perbuatan korang yang mudah sangat termakan hasutan

No wonder umur 15 tahun dah hilang virgin dek kerna pujuk rayu ex bboifren
Quote Rogue98 21-7-2023 11:55 PM
KDN takde sistem ke untuk record pelancung keluar masuk negara. Naper nak memperbodoh kan rakyat. Pi lah check system tu.
Quote ResellerMaxis 22-7-2023 12:04 AM
ChildrenOfBodom replied at 21-7-2023 06:48 PM
Ni laa kerja hakiki hang pudinn, bkn dok sebuk hal ehwal sanusi

Dia tahu x kerja dia sebenarnya.

Pergi kat Imigresen suruh je lah wat report semua kemasukan warga cina ke malaysia. berapa ramai dah keluar dan berapa ramai belum.
Quote MissYouSayang 22-7-2023 12:40 AM
Edited by MissYouSayang at 22-7-2023 12:42 AM

Pudin jerawat ni ok ke tak ok ni..
X ke sial pegi tnya soalan yg dah ade dlm sistem kdn tu sendiri....tinggal rajin ke tak je nak pegi semak dan imbang
Quote shida81 22-7-2023 12:53 AM
Sllunya bile dia ckp dia ada bukti

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 09:23 AM GMT+8 , Processed in 0.055851 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top