Seorang individu mengingatkan para pemandu wanita agar tidak terlalu menonjolkan ciri-ciri feminin pada kenderaan yang dimiliki mereka seperti menggunakan pelekat label Barbie. Menurut Azyan Draws di Twitternya, perkara berkenaan tidak boleh dipandang remeh oleh para wanita berikutan faktor keselamatan diri yang perlu diambil berat.
“Ini mungkin comel tetapi saya pernah mendapat nasihat supaya jangan memperlihatkan kereta seperti dimiliki seorang wanita. Ia disebabkan faktor keselamatan. “Ia juga terpakai sekiranya meletakkan pakaian mewah di belakang tingkap kereta atau memilih warna merah jambu. Saya mendapat nasihat ini disebabkan saya suka warna merah jambu. “Sekadar berkongsi untuk mereka yang ingin mengambil langkah berjaga-jaga,” ciapnya di Twitter. Sehubungan itu, ramai pengguna Twitter turut bersetuju dengan nasihat yang diberikan selain berkongsi pengalaman yang dialami mereka.
“Betul! Disebabkan tempat parkir kawasan kerja menakutkan jadi aku letak pelekat mafia, tengkorak sebab nak bagi nampak macam kereta lelaki,” komen Gorjes. “Kereta saya hias macam kereta lelaki disebabkan dulu pernah ada yang ikut dari belakang. Trauma!,” ujar Ishayanggg. “Saya pilih warna kereta yang maskulin disebabkan selalu kena dengan pemandu kereta lain. Ya, saya suka warna yang cantik dan estetik tetapi saya perlu lebih menghargai hidup saya,” ujar Jazreen. –CARI Sumber: Kosmo
|
cmf_premierleag replied at 21-7-2023 04:39 PM
Takyah la bajet2 kiut nak letak segala bende yg menunjukkan ko tu pompuan..letak teddy bear la bajet ...
green~tea replied at 21-7-2023 11:43 PM
Aku beberapa kali dah jumpa kereta pakai bulu mata pelesu ginih.. lentik kalah che ta haaaaaaa
shamsadis replied at 21-7-2023 04:40 PM
haah, betul tu...kang kena panjat dengan awang hitam..
cmf_premierleag replied at 21-7-2023 04:39 PM
Takyah la bajet2 kiut nak letak segala bende yg menunjukkan ko tu pompuan..letak teddy bear la bajet ...
cmf_premierleag replied at 21-7-2023 10:19 PM
Eei gediknya la kan..mmg mengundang penjenayah perogol perompak segala la kalo gini ghupenye
ADVERTISEMENT