CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Lari Sebelum Majlis Kahwin, Abang Jadi Pak Sanggup Untuk Jaga Air Muka Keluarga

21-7-2023 03:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2088| Komen: 26

Tular kisah di Polewali Mandar di Sulawesi Barat di mana seorang remaja lelaki melarikan diri sebelum majlis perkahwinannya menyebabkan abang kandungnya terpaksa mengganti tempatnya.

Kisah tular itu dimuat naik di akaun Instagram @infomamuju menunjukkan majlis perkahwinan pasangan tersebut yang berlangsung meriah di perkampungan Campalagian.



IG

Video tersebut menceritakan pengantin perempuan dikenali sebagai Magfirah patah hati apabila kekasihnya, Faisal Ashari meninggalkannya ketika persiapan majlis pernikahan mereka sudah dibuat. 

Selepas Faisal menghilangkan diri tiga hari sebelum majlis berlangsung dan masih enggan pulang menjelang hari pernikahan, Magfirah akhirnya menerima lamaran daripada abang kekasihnya, Ahmad Adsyah.

Menurut keluarga pengantin perempuan, Faisal dan Magfirah sudah lama bercinta namun lelaki itu secara tiba-tiba memberi alasan belum bersedia untuk berkahwin dan mahu menyambung pelajaran.


Katanya, Ahmad kemudian tampil memberitahu dia sanggup menggantikan adiknya itu kerana enggan melihat keluarga mereka menanggung malu dan berselisih faham.




“Ahmad berlapang dada kerana masih belum mempunyai kekasih dan ingin menjaga maruah keluarga masing-masing kerana  jemputan sudah diedar. Jadi keluarga sepakat mengahwinkan mereka pada majlis tersebut.

“Magfirah juga terbuka hati menerima Ahmad namun dia dan keluarga besarnya tidak mahu lagi berjumpa Faisal kerana berasa terhina dan menganggap lelaki itu tidak bertanggungjawab,” katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 21-7-2023 03:49 PM
Tak aneh2 bukan ndon namanya...kan friska babu
Quote Friska 21-7-2023 03:52 PM
tikusmontok replied at 21-7-2023 03:49 PM
Tak aneh2 bukan ndon namanya...kan friska babu


Quote Friska 21-7-2023 03:53 PM
Teman teman, ngopi dulu yuk...


Quote AbukRokok 21-7-2023 05:23 PM
tukar la Cari-Mal tu kpd cari-Ind
Quote Suchi 21-7-2023 05:41 PM
Mcm dlm drama tp Ahmad tak ganteng sangat

Patutnya biarlah yg ganteng tp kan kalau iols jd panten pompuan takmo laa kawen ngn abang dia pun.
Takpelaa tak jadi kawen pun kalau kawen ngn si abang pun tetap kena hadap juga si Pesal tu nnt. So baik jgn ada kena mengena langsung ngn keluarga tu.
Banyak tak terkira lagi lelaki lain yg ada tuk dibuat laki.
Quote seri_mawr 21-7-2023 05:49 PM
ala2 novel la konon ni....hahhaa....tp novel yang larinya perempuan....adik perempuan kena gnti kakak....menanangis2 kena paksa kawen...

dah bahagia dgn laki....kakak dtg nak blik bekas tunang dia...

novel apa aku lupa da....siap buat drama x silap....tp dramanya aku tak tgk...
Quote salimrock 21-7-2023 05:50 PM
kadang2 terlintas juga dlm hati aku masa crush aku kawin, kalo bakal pengantin lelaki tak dtg nikah ni, aku akan minta izin belakang tabir hahaha

tp pengantin hadir, alhamdulillah...


my wildest fantasy ke, aku tak de la harap betul2 berlaku pun
Quote tikusmontok 21-7-2023 06:06 PM
Friska replied at 21-7-2023 03:52 PM

Halah halah dah tak ngaku ndon, tak sedar diri
Quote kelapaparut 21-7-2023 06:07 PM
tikusmontok replied at 21-7-2023 03:49 PM
Tak aneh2 bukan ndon namanya...kan friska babu

i rase kisah doktor  dan nurse melayu islam beromen kat kota suci tu lg menggemparkan, at least yg indonesia ni happy ending direstui keluarga xmembabitkan laki bini org.
Quote Decaffeinated 21-7-2023 06:25 PM
Kenapa abang dia takde makwe?

Kalau tetiber dapat kawin free lojik lah dia suka.

Quote Decaffeinated 21-7-2023 06:28 PM
Sulawesi ni ramai bugis kan? dorang pun suka guna nama arab macam melayu eh unlike suku kaum lain di indon

Quote Madel 21-7-2023 06:32 PM
Esok2 adik nya datang balik, berskandal pulak dgn bini nya
pastu bini nya ngandung, tak tahu anak siapa
anak abang ke anak adik
euww
Quote Sesuatu… 21-7-2023 08:45 PM
salimrock: kadang2 terlintas juga dlm hat ...


Susah nk jadi realiti kt sini. Kau kena ready dgn hiv test, borang2 sign pak imam mukim semua [em:3:]
Quote TOPwind 21-7-2023 08:51 PM
pakat ni- saja drama

Quote sambaldurian 22-7-2023 05:54 AM
Ntah2 abang dia yg minat pmpuan tu, adik dia yg beralah lari bg chance kt abg dia. Adik dia yg berkorban.
Quote ninja9 22-7-2023 06:27 AM
[youtube]thPIKbapV_8[/youtube]
Quote darkness 22-7-2023 07:01 AM
Sesuatu… replied at 21-7-2023 08:45 PM
Susah nk jadi realiti kt sini. Kau kena ready dgn hiv test, borang2 sign pak imam mukim semua [em: ...

Betul sgt. Nak jadi kes mcm di indon ni pyh buat kat malaysia..hiv test, kursus kawen,tempah slot nikah..eh segala mak nenek nak kena ada
Quote airfilterkotor 22-7-2023 07:11 AM
Lepas ni, apa² sinetron indon beratus episod, aku percayakan jer.
Quote CiliPadiSedap 22-7-2023 07:43 AM
Friska replied at 21-7-2023 03:53 PM
Teman teman, ngopi dulu yuk...





curi gambar google ke mbak friska?

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.112505 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top