CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kepala Manusia Dikerat Dan Digantung Atas Pagar Buluh

21-7-2023 03:18 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 462| Komen: 0

Tular video memaparkan satu kepala manusia digantung pada pagar buluh di kawasan perumahan di daerah Bishnupur, India pada 20 Julai lalu.

India Today melaporkan, kepala tersebut dipercayai milik seorang lelaki yang dikenali sebagai David Thiek. 


David merupakan salah seorang daripada tiga individu yang terbunuh semasa berlakunya pertempuran di daerah Manipur pada 2 Julai lalu.


Pertempuran tersebut merupakan serangan kejam yang dilancarkan oleh sekumpulan militan di kawasan pinggir yang bersempadan dengan daerah Bishnupur dan Churachandpur di negeri itu. 

Serangan tersebut turut melibatkan beberapa rumah dibakar dan penduduk kampung turut diculik.

Lebih mengejutkan apabila mengetahui, kepala orang awam yang dipenggal semasa pertempuran itu akan dipamerkan oleh militan bersenjata di pelbagai lokasi.

Menurut sumber, video tersebut mula ditularkan pada 2 Julai lalu dan kini kembali disebarkan di media sosial. -CARI


Sumber: India Today

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.297745 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top