CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hakim ‘Kantoi’ Hisap Dadah Di Pejabat Kena Pecat

21-7-2023 03:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 313| Komen: 1

Seorang hakim di Mahkamah Daerah Rangkasbitung kantoi mengambil dadah ketika sedang bekerja di pejabatnya, dipecat Majlis Kehormatan Hakim (MKH).

Menurut Pengerusi Suruhanjaya Kehakiman, Amzulian Rifai, hakim berkenaan sudah terbukti melanggar peraturan nombor 5 butir 5.1.1 dan nombor 7.1. 


“Keputusan Bersama Ketua Hakim Negara dan Ketua Suruhanjaya Kehakiman sebulat suara menjatuhkan hukuman dalam bentuk pemecatan secara tidak terhormat,” kata Amzulian ketika membacakan keputusannya kelmarin.


Gambar hiasan

Ketika hukuman dibacakan, suspek diwakili Ikatan Hakim Indonesia (IKAHI) dan mengemukakan saksi pembelaan yang terdiri daripada bekas Timbalan Pengerusi Mahkamah Daerah Rangkasbitung, ibu serta isterinya yang juga bertugas sebagai hakim. 

Lelaki berkenaan ditahan Badan Narkotik Kebangsaan (BNN) wilayah Banten ketika sedang menghisap dadah jenis methamphetamine di pejabat Pengadilan Daerah Rangkasbitung pada 17 Mei lalu.


Kes itu terbongkar apabila agensi berkenaan menerima maklumat mengenai penghantaran methamphetamine melalui ejen perkhidmatan penghantaran ke mahkamah itu.

Pasukan BNN Banten dengan bantuan Pejabat Kastam dan Eksais Wilayah Banten melakukan intipan sehingga berjaya menangkap hakim tersebut bersama beberapa lagi individu yang terlibat dalam penghantaran dadah berkenaan.

Pasukan penyiasat turut menemukan alat penyedut syabu, dua pemetik api gas dan bungkusan berisi dadah methamphetamine seberat 20.634 gram yang disimpan di dalam laci meja suspek di pejabatnya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salimrock 21-7-2023 03:19 PM
hakim pn menyabu?

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 10:18 AM GMT+8 , Processed in 0.030793 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top