CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Merantau 33 Negara, Individu Dedah Banyak Sebab Tak Suka Singapura "Orangnya Kurang Ajar"

21-7-2023 02:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1946| Komen: 27

Seorang individu mendedahkan dia pernah merantau sebanyak 33 buah negara.

Dikenali sebagai @gracietravels di TikTok, dia ada membuat senarai sebab kenapa Singapura bukan negara pilihan kegemarannya.


Video tersebut tular dan meraih pelbagai reaksi daripada netizen yang kebanyakannya dalam kalangan warga Singapura.



Antara sebab utama kenapa dia tidak berapa gemar dengan negara itu adalah orang tempatan di situ didakwa ‘agak kurang ajar’. Grace menjelaskan bahawa biarpun ia mungkin hanya perasaannya sahaja, tetapi dia mula sedar perkara ini sebaik sahaja dia tiba di lapangan terbang bersama pemandu teksi.

“Dia tidak senyum dekat kami, dia menyuruh saya meletakkan bagasi di dalam kereta sendiri dan satu-satunya waktu dia bercakap ialah bertanya tentang jumlah pendapatan saya.”

Sebab kedua mengapa dia tak berapa berkenan dengan Singapura ialah kerana dia berasa seperti “tidak berada di Asia” ketika berada di negara itu kerana semuanya “lebih ke arah negara barat”. Grace menambah bahawa ini mungkin disebabkan oleh ramai pelancong dan ekspatriat ketika dia berada di sana.




Alasan ketiganya ialah rata-rata harga barang di Singapura sangat mahal, dia turut menegaskan bahawa penginapannya di Marina Bay Sands menelan kos belanja yang besar.

Dia juga bingung mengapa orang ramai “sangat taksub” dengan hotel tersebut kerana kolamnya, sedangkan “banyak hotel yang lebih baik yang sebenarnya berbaloi untuk dibayar”.

Jelasn Grace lagi, dia menghadapi masalah untuk mencari restoran yang tidak terlalu mahal dan mempunyai makanan yang enak, justeru dia sering terpaksa pergi ke pusat penjaja.

Sehubungan itu, Grace turut mempersoalkan apa yang perlu dilakukan di Singapura selain makan dan membeli-belah.

Alasan terakhir yang disenaraikan dalam videonya ialah susah mencari perkara yang semula jadi kerana “semuanya buatan manusia dan dibuat untuk hiburan semata-mata”. Grace menegaskan bahawa negara itu berasa seperti Las Vegas di Asia.

Menjengah ke ruangan komen, ramai rakyat Singapura tampil menepis pendapat Grace. Dalam masa yang sama ada rakyat tempatan di negara itu juga bersetuju dengan pendapat Grace, tidak lupa juga ada yang turut mengecamnya. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sayurmayur88 21-7-2023 03:01 PM
setuju !! 100%
Quote ifanonline 21-7-2023 03:04 PM
warga singapura-pura pun dtg malaysia isi minyak subsidi ron95...kata warga first world?
Quote acikonion 21-7-2023 03:12 PM
retis2 dr negara tu baru2 start karier kt mesia ni pun rasa mcm ada benteng tau... mcm derajat up sikit. lepas 2-3 taun baru rasa mcm warga mesia aura tu
Quote OshinDaSolja 21-7-2023 03:41 PM
bukan ada dh ke berita ni 2@3 hari lepas.... btw senang cerita klau suka ala2 first world, pegi stay Singapore... klau suka real world, dduk Malaysia...
Quote Madel 21-7-2023 06:42 PM
Setuju 1210% sangatt
Orang Spore ni tak ramah,, sombong
Nko naik escelator tak ada nya depa nak ckp excuse me ke, hello ke kalau minta nko ketepi
Depa main ehem ehem aje, pastu buat muka babi
Makanan pun tak sedap, harap mahal aje.
Quote _blackbird 21-7-2023 06:57 PM
Aku ramai ke member native singapore & ramai juga kenal org singapore both mmg original citizen, pr and non pr sana. Ramai je aku jumpa org singapore yg ok2 ada juga yg kekwat mcm hanat, sama je mcm kat sini. Separuh dari org kat singapore tu mostly pr / non citizen. Yg kerek2 ni mostly pr and non citizen. Local singapore biasa je mcm kita fun to be with
Quote syamzana 21-7-2023 07:08 PM
baru je jmp sporean kat genting rabu baru ni lakibini dah tua la. dtg roadtrip sampai ke krabi naiknya fit lagi depa. ramah dan baik je menyembang dgn weols dlm cable car. pastu terserempak lg kat hotel.
tapiiiii iols setuju jugak ramai sporean peel mcm tettttttttt super hanat.
kesimpulannya mana2 negara pun ada yg ok ada yg hanat peel.
Quote beatgirlX 21-7-2023 07:36 PM
Nasib dia jmpa dgn yg rude... Nasib jgk dia x jmpa oeg kuang ajo kat Malaysia ni...
Quote Atata 21-7-2023 10:52 PM
Hotel mahal tu ya. Husband iols kena outstation sana, paling murah 70 SGD. yang dapat ialah mcm bilik doremon. Sebesar liang lahad ok.
Quote green~tea 21-7-2023 11:26 PM
Tak perasan sgt..

Yang aku perasan puak2 arab yg kekwat
Quote faraway1 22-7-2023 12:49 AM
Tak kisah sangat sebab malas juga tegur orang So Singapore sesuai untuk orang malas senyum dan bertanya.
Quote Sazreena 25-7-2023 09:06 AM
Sinkapor racist giler...banyak kes cainis, kellis yg sound-sound malay kita yg cari makan kat sana...
Quote ally9970 25-7-2023 11:12 AM
Tak perlu utk aku visit 33 negara utk bersetuju dgn apa yg dia cakap...
Quote Kitty_catz 25-7-2023 11:17 AM
dlm byk2 kastemer meols.. singaporklian ni plg pelik dan machiam2

muricans plg sempoiiiii
Quote ifanonline 25-7-2023 11:18 AM
dulu ada 2-3 forumer warga singaporn, dok flat HDB je pun...
Quote copy_paste 25-7-2023 11:25 AM
singapura kan negara maju,mmg la rakyatnya sombong, darejat lebih tinggi,kalau bukan mat saleh dari negara barat mmg diorg kerek
Quote copy_paste 25-7-2023 11:26 AM
Sazreena replied at 25-7-2023 09:06 AM
Sinkapor racist giler...banyak kes cainis, kellis yg sound-sound malay kita yg cari makan kat sana.. ...

mmg pun,majoriti kan kaum racis yg duk sane,diorg cuma baik dgn mat saleh je,lain bangsa bagi diorg low class
Quote kakikuDibibirmu 25-7-2023 11:29 AM
Terlebih minum air Newater
Quote batmana 25-7-2023 11:40 AM
Takat jupe berapa hari.tk adil la nk claim 1 negara perangai gtu..ade ramai sdra duk sna ..ok je dorg .mgkin nasib dia sbb jupe yg teruk

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-3-2025 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.042424 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top