|
Di sebalik laporan menimbun mengenai kejayaan filem fenomena Mission Impossible, ada satu kisah yang mungkin kurang masuk akal dikongsikan komedian Seth Rogan mengenai bintang Hollywood, Tom Cruise.
Dalam wawancara dengan Late Night with Seth Meyers, Rogan mendakwa menjadi individu yang bertanggungjawab menyedarkan Cruise tentang pornografi di internet. Kata Rogan, Cruise tidak pernah tahu material porno atau filem dewasa boleh ditonton dengan bebas di internet. “Cruise tidak pernah sedar dan tahu porno wujud dan boleh ditonton melalui internet. “Dia tidak tahu ia wujud,” kata Rogan seperti dilaporkan LadBible Menu. Dia memberitahu tidak sedar bagaimana topik tersebut menjadi perbicaraan mereka. “Saya datang melawat dia di set penggambaran Knocked Up dan kami berbual sehingga bercakap tentang pornografi di internet.
“Dan Cruise terkejut apabila saya mengatakan tentang menontonnya (porno) secara online. “Dia bertanya kepada saya ‘tunggu, apa?’” kenangnya. Sumber: Gempak
|


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
23-2-2026 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.051528 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.