CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

4 Beradik Tular Diberi Nama Indo, Nesia, Tanna Dan Air Bangkitkan Jiwa Nasionalis Warganet

21-7-2023 09:36 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1346| Komen: 29

Empat adik-beradik di Indonesia menjadi tular selepas mendedahkan mereka diberi nama Indo, Nesia, Tanna dan Air oleh ibu mereka, lapor portal berita Okezone semalam.

Berdasarkan hantaran tular di Twitter, salah seorang daripadanya memberitahu, nama tersebut diberikan ibu mereka demi cinta pada negara.



TikTOk

“Ibu yang memberikan nama-nama kami disebabkan rasa cintanya kepada negara.

“Kalau nama kami digabung, ia menjadi Indo-Nesia-Tanna-Air (Indonesia Tanah Air),” demikian menurut keterangan video tersebut.

Namun, nama keempat-empat mereka bukan sekadar terdiri daripada satu perkataan kerana ia turut mempunyai nama lain.



Berdasarkan klip video berlainan yang disiarkan di  laman TikTok, Nesia ialah anak sulung yang memiliki nama sebenar Nesia Rosalina.

Ia diikuti dengan Tanna yang bernama Tanna Dewi Shanti, anak ketiga pula dinamakan Indo Apriansyah serta si bongsu bernama Airna Fitria Bonia.

Keunikan nama empat beradik itu mendapat perhatian ramai dengan netizen memberikan pelbagai komen.

“Nama yang sangat berjiwa nasionalisme dan berkuasa,” kata seorang pengguna laman sosial.



“Jiwa nasionalis saya sudah bangkit. Nama anak saya nanti adalah Mega dan Wati (bekas presiden Indonesia, Megawati Sukarnoputri),” kata netizen lain. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote OshinDaSolja 21-7-2023 09:48 AM
dh 2023 zaman globalisasi, zaman MNC berleluasa pun ada lg mentaliti nasionalis tegar... hujung2 pak preeiden pegi jumpa mas Elon nk minta pelaburan...Bullet train pun China punya funded project... sekarang sibuk nk cari investor untuk project new capital Nusantara pulak...
Quote sambaldurian 21-7-2023 09:59 AM
Nk letak nama megawati terus aku roll eyes. Acah2 dewi cantik turun kayangan. Dh kenapa ko benarkan pengikut ko minum air rendaman kaki ko.
Quote noor2 21-7-2023 10:02 AM
sambaldurian replied at 21-7-2023 09:59 AM
Nk letak nama megawati terus aku roll eyes. Acah2 dewi cantik turun kayangan. Dh kenapa ko benarkan  ...

Apa makna megawati?...alang2 nk up patut letak nama jelitakayangan wati
Quote tikusmontok 21-7-2023 10:28 AM
Jgn dah besar nanti jadi pati naik tongkang masuk msia, yg jate merompak, yg tine mengarit sondol laki majikan udah.
Quote grouper 21-7-2023 10:32 AM
Patut letak le nama2 hokage jadi nama korang baru bertepatan ngan negara konoha...
Quote pekanwoohoo 21-7-2023 10:56 AM
Orang indon ni tak payah letak nama indon tengok bentuk hidung pun dah tahu asal konoha.
Quote ifanonline 21-7-2023 11:00 AM
nama2 unik tu...mat salleh pun nama buruk2 juga, Stone, Wood, Tiger, Water, Bush, McDonald, etc
Quote Decaffeinated 21-7-2023 11:52 AM
ifanonline replied at 21-7-2023 11:00 AM
nama2 unik tu...mat salleh pun nama buruk2 juga, Stone, Wood, Tiger, Water, Bush, McDonald, etc

Surname omputih yang sebegitu adalah homonyms (words with different meanings) bukan buruk. Examples macam Gates, Bush, Brown etc. Contoh terdekat nama melayu ialah Abu Bakar. Kita tak rasa pun nama itu buruk walau pun perkataan tersebut ada makna lain yang tak sebegitu indah.
Quote supernaturalee 21-7-2023 11:53 AM
ifanonline replied at 21-7-2023 11:00 AM
nama2 unik tu...mat salleh pun nama buruk2 juga, Stone, Wood, Tiger, Water, Bush, McDonald, etc

dick tracey
dick chaney
marcia gay harden

neville longbottom
Quote ifanonline 21-7-2023 12:06 PM
Decaffeinated replied at 21-7-2023 11:52 AM
Surname omputih yang sebegitu adalah homonyms (words with different meanings) bukan buruk. Example ...

abu bakar bukan nama melayu, nama arab dan di sebutkan dlm hadith

jgn samakan kapir dgn islam...nama2 kapir ni buruk skit maknanya
Quote dua_chzy 21-7-2023 12:06 PM
Ndon kan memang lebih patriotik dari kita. Mungkin sebab nak merdeka pun penuh ranjau berperang2 gitu.
Quote krustykrab 21-7-2023 12:10 PM
Salah tu..patut letak indon bukan indo
Nesia tu letak esia
Quote krustykrab 21-7-2023 12:12 PM
tikusmontok replied at 21-7-2023 10:28 AM
Jgn dah besar nanti jadi pati naik tongkang masuk msia, yg jate merompak, yg tine mengarit sondol la ...

Kan...
Nasionalisme konon..puihhh
Ujung² naik tongkang, masuk negara org jgk mcm priskis amah
Quote Skuau 21-7-2023 12:16 PM
jaka sembung,jaka geledek,mak lampir,si buta dr gua hantu...tak sedap ke nama camtu???
Quote Decaffeinated 21-7-2023 12:20 PM
supernaturalee replied at 21-7-2023 11:53 AM
dick tracey
dick chaney
marcia gay harden

dulu cikgu aku nama dia Greg Gambler. sedap ja bunyi.

Quote Decaffeinated 21-7-2023 12:21 PM
ifanonline replied at 21-7-2023 12:06 PM
abu bakar bukan nama melayu, nama arab dan di sebutkan dlm hadith

jgn samakan kapir dgn islam...na ...

kalau al juburi, nama islam tak?

Quote ifanonline 21-7-2023 02:47 PM
Decaffeinated replied at 21-7-2023 12:21 PM
kalau al juburi, nama islam tak?

itu nama umno
Quote supernaturalee 21-7-2023 02:48 PM
Decaffeinated replied at 21-7-2023 12:20 PM
dulu cikgu aku nama dia Greg Gambler. sedap ja bunyi.

cikgu warga us yg kpm import tu ke

best nya

so how's your english



Quote antikorok 21-7-2023 02:56 PM
Priskiesss bakalan senyap tak berkutik buat2 budu jahhh dengan berita yinni!

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 12:55 PM GMT+8 , Processed in 0.153276 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top