CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Tembak Isteri Ketiga Sebab Cemburu, Tuduh Ada Lelaki Lain

20-7-2023 06:30 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 505| Komen: 4

BANGKOK, Thailand – Gara-gara  cemburu, seorang lelaki menembak isteri ketiganya di sebuah kedai baju terpakai (bundle) di wilayah Pathum Thani dekat Bangkok.

Thaiger melaporkan, pegawai dan anggota Balai Polis Mueang Nakhon Pathom dikerahkan ke lokasi tembakan di sebuah bangunan tiga tingkat yang menempatkan kedai bundle itu. 


Mereka menemui kesan darah di hadapan bangunan. Saksi memberitahu, seorang wanita bernama Araya Amusart, 27, dikejarkan ke hospital sebelum mereka tiba.

Foto: Thaurath

Lelaki bersenjata pula merupakan suami Araya sendiri, Chonkawee Deechan yang berumur 38 tahun. 

Menurut laporan hospital, Araya berada dalam keadaan serius akibat peluru tersangkut pada tengkoraknya.

Selepas siasatan lanjut, polis mengesahkan bahawa suspek kes tembakan itu ialah Chonkawee. 

Dia mempunyai tiga orang isteri dan seorang anak hasil perkongsian hidup bersama isteri pertama. Isteri pertama dan isteri kedua tinggal bersama Chonkawee,  manakala Araya menetap di lokasi berasingan.


Polis berkata, serangan itu bermotifkan cemburu. Chonkawee percaya bahawa Araya menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain dan berniat untuk meninggalkannya. Pada hari kejadian, mereka bertengkar dan berakhir dengan tembakan.

Polis menahan Chonkawee dengan dia dikenakan dua pertuduhan termasuk cubaan membunuh dan memiliki pistol tanpa permit. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 20-7-2023 07:16 PM
isle ke gapo puak2 sie ni? muleh kawen sampai 3?
Quote DeLuna85 20-7-2023 11:08 PM
Tau cemburu. Dia isteri sampai 3 boleh pula?
Quote jlo 21-7-2023 08:03 AM
mengada nak cemburu bagai ..yg kau tu pasang sampai 3 boleh lak
Quote rosedemon 21-7-2023 08:51 AM
lahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh dayus

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-10-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.152582 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top