CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KPM Jamin Siasat Kes Murid Dirotan Hingga Cedera Dengan Telus

20-7-2023 05:59 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 198| Komen: 1

Kementerian Pendidikan (KPM) tidak berkompromi sekiranya benar terdapat dakwaan kes murid dirotan guru besar sehingga cedera berlaku di Segamat, Johor dua hari lepas.

Malah menterinya, Fadhlina Sidek turut memberi jaminan siasatan terhadap kes itu adalah telus dan bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa.



Media melaporkan seorang murid Tahun Lima sebuah sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) didakwa dirotan oleh Guru Besar sehingga mengakibatkan kecederaan.

"Kita serahkan kepada siasatan, dalam masa yang sama kita kena hormat dengan proses itu (siasatan) dan ia akan dimaklumkan kembali kepada KPM, jadi kita tidak kompromi sekiranya terdapat benar- benar dakwaan dan kita akan bekerjasama dengan pihak berkuasa.

"Dalam masa sama, intervensi-intervensi khususnya yang kita panggil sokongan psikososial kepada guru dan murid yang terlibat. Saya memberi jaminan siasatan kita telus serta mengikut proses kerja yang ditetapkan KPM," katanya kepada pemberita pada Karnival Mini Pendidikan Madani Peringkat Negeri Sembilan di sini pada Khamis.


Pada Rabu, media melaporkan seorang murid Tahun Lima sebuah sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) didakwa dirotan oleh guru besar sehingga mengakibatkan kecederaan pada badan serta mukanya dipercayai kerana gagal menyiapkan kerja sekolah dan bersikap sambil lewa semasa sesi pembelajaran.


FB

Dalam pada itu, Fadhlina berkata, pihaknya 'moving forward' isu-isu pendidikan ini dan akan diberi perhatian penuh serta diambil sebagai pengajaran.

"Kita sudah sediakan semua medium, proses siasatan, intervensi yang kita nak bawa ke hadapan dan saya memang mengambil berat tentang integriti guru dan juga anak-anak murid," katanya.


Sumber: Sinar Harian

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acikonion 21-7-2023 12:15 AM
Kes serupa ni mcm makin bnyk juga ye skg

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.290003 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top