CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bibik Tudung Buat Kejutan Kembali Ke Pangkuan Keluarga Aliff Syukri, Sebak Tengok Adegan Menangis

20-7-2023 05:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2276| Komen: 22

Ternyata kejutan pembantu rumah Datuk Seri Aliff Syukri menjadi apabila pulang ke pangkuan keluarga usahawan kosmetik berkenaan selepas pulang ke kampung halamannya di Indonesia tahun lalu.


IG/mStar

Isteri Aliff iaitu Datin Seri Nur Shahida paling gembira melihat kelibat pembantu rumahnya itu dan menyifatkan ia hari paling gembira di dalam hidupnya.

Kongsinya menerusi video yang dimuat naik di Instagram pada Rabu, pembantunya tiba lebih awal dari dijangka.



Meskipun hanya bergelar pembantu rumah namun wanita yang dipanggil bibik tudung itu sering dilihat muncul dalam video yang dihasilkan Aliff dan Syukri sehingga membuatkan dia dikenali dalam kalangan pengikut mereka.

Wanita itu yang sudah berkhidmat selama 10 tahun bersama keluarga usahawan berkenaan mengambil keputusan pulang ke Indonesia pada April tahun lalu.

Dalam pada itu, menerusi rakaman yang dimuat naik, wanita berkenaan dilihat berlari sejurus keluar daripada kenderaan ke arah Shahida dan anak-anaknya.



Shahida juga dilihat sebak dan gembira menyambut kepulangan wanita berkenaan ke kediaman mewah mereka di Kota Damansara.

Berkongsi lebih lanjut mengenai perkara itu, Shahida memberitahu wanita bukan sudah tidak dianggap sebagai pembantu sebaliknya ahli keluarganya.

Dia juga berharap kepulangan pembantu rumahnya itu dapat memeriahkan lagi keluarganya.

"Bibik tudung ini dah macam keluarga dalam hidup saya, bukan macam pembantu rumah sebenarnya. Dia lah kawan saya gelak, gembira dan dia jugalah peneman saya bila duka.

"Semoga kehadiran bibik tudung kali ini akan menggembirakan saya dan seisi keluarga. Sangat rapat dengan anak-anak saya. Dia layan dan sayang macam anak dia," ujarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missbigrockstar 20-7-2023 06:14 PM
Over bebenor
Quote red_velvet 20-7-2023 06:14 PM
Dramaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Quote dudaberhias 20-7-2023 06:27 PM
tak sebak langsung dengan konten basi satu family ni...

Quote kerani_je 20-7-2023 06:30 PM
Oveerrr nau..Dari bibik,  PA,  staff,  driver,  tukang masak depa sekeluarga sume over nk tumpang glamerr..Semua bnda jadi drama diorg ni..Ada je idea diorg buat drama..
Quote kerani_je 20-7-2023 06:32 PM
Btw bibiknye ni rupanye dah balik yindon ke? Sedar2 dtg balik ye..entah bila die pergi pun tidak ku tau..Sedar2 drama air mata ni lalu dekat ig meolls..Rupanye bibik ni dah balik yindon selama ni patut lama x nmpk..Know know skrg datang balik ye meratapi merindui keluarga majikan nye ye..
Quote kerani_je 20-7-2023 06:33 PM
Sinetron dan bibik indon berpisah tiada..Berapa episod agaknye sinetron kali ni..
Quote dua_chzy 20-7-2023 06:46 PM
Terpeleot otak aku tengok content buduh begini.
Quote SalenaGomez 20-7-2023 07:01 PM
dua_chzy replied at 20-7-2023 06:46 PM
Terpeleot otak aku tengok content buduh begini.

Bingiiiittttt… rasa nak bg sedas je ni
Quote febreze 20-7-2023 07:46 PM
bibik buat kejutan balik dari yindon naek vellfiree..klu nak wat surprise pon naeklah grab ke motor ke dari airport  haahaha
Quote Suchi 20-7-2023 08:52 PM
Apasal bibik dtg balik, setahun je la benti pastu mai semulaa laa yek
Quote Rotipitadaging 20-7-2023 09:29 PM
Acik mel takde gg tak balik ke pangkuan ke??0
Quote slyfynx 20-7-2023 09:42 PM
Ah, ko pun sama macam laki ko.
Malas nk caya propa korang
Quote sleepandream 20-7-2023 09:49 PM
special treatment yach bibik ni?
bibik2 lain dlm rumah tu mesti jeles...
mesti ada drama dikalangan bibik2 tu nanti
Quote penguinmerah 21-7-2023 07:29 AM
Mana pegi ameena ya..? Lama tak nampak dah
Quote lazim 21-7-2023 07:35 AM
Life drg ni mcm sesama drg je. Ank2 pon xberkawan bini pon kawan bibik. Jrg sgt tgk drg kawan dgn manusia biasa yg bkn selebriti ns himpit
Quote sweetfasha 21-7-2023 07:45 AM
lakonan semata...
Quote Aneem 21-7-2023 07:50 AM
Kena antau balik content, datang semula ke malaysia pun content. Brp gatus gibu agknya dak alip ni bayau bibik.
Quote Aneem 21-7-2023 07:51 AM
Suchi replied at 20-7-2023 08:52 PM
Apasal bibik dtg balik, setahun je la benti pastu mai semulaa laa yek

Tak sampai setahun pun nok
Ntah2 balik kg sbb raya haji je
Asal jadi content, balik raya haji dikatakan tamat kontrak
Cam anat
Quote elzy 21-7-2023 08:02 AM
Auhaiiii pepagi layan cerita mcm ni terus kemurungan seharian..

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 03:24 AM GMT+8 , Processed in 0.050130 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top