Shahida juga dilihat sebak dan gembira menyambut kepulangan wanita berkenaan ke kediaman mewah mereka di Kota Damansara.
Berkongsi lebih lanjut mengenai perkara itu, Shahida memberitahu wanita bukan sudah tidak dianggap sebagai pembantu sebaliknya ahli keluarganya.
Dia juga berharap kepulangan pembantu rumahnya itu dapat memeriahkan lagi keluarganya.
"Bibik tudung ini dah macam keluarga dalam hidup saya, bukan macam pembantu rumah sebenarnya. Dia lah kawan saya gelak, gembira dan dia jugalah peneman saya bila duka.
"Semoga kehadiran bibik tudung kali ini akan menggembirakan saya dan seisi keluarga. Sangat rapat dengan anak-anak saya. Dia layan dan sayang macam anak dia," ujarnya.
Sumber: mStar