CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Donut Peach Viral Dalam Kenangan, Sekali Makan Hampir Hilang Nyawa

20-7-2023 05:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4945| Komen: 86

Seorang wanita berkongsi di TikTok detik cemas hampir hilang nyawa selepas 15 minit makan buah ‘donut peach’ viral.


TikTok


“Donut peach viral dalam kenangan, sekali makan hampir hilang nyawa. Tak semua orang boleh makan dan orang itu adalah aku.

“Sekali makan dalam 15 minit terus sebu, muntah-muntah, naik bijik gatal-gatal terus kena pergi kecemasan (hospital), kena inject (suntik) baru jadi manusia balik, kalau tak inject macam beruk sebab garu-garu,” kongsi @sherynaa02 menerusi video yang dimuat naik semalam.



Menurut wanita itu, dia mempunyai alahan terhadap buah tersebut.

Bagaimanapun, perkongsian wanita tersebut turut mendapat perhatian ramai dan ada juga pengguna lain berkongsi pengalaman hampir sama apabila mengalami sesak nafas serta muntah selepas menikmati buah viral itu.




“Saya pun pernah makan, terjebak juga beli sebab viral di TikTok, tiba-tiba jadi sesak nafas, muntah-muntah, pergi hospital doktor kata buah ini ada kandungan yang tak sesuai kepada semua orang, lagi-lagi yang ada alahan pada kulit atau asma,” kongsi seorang pengguna di ruangan komen video.

“Baru lepas makan tadi (semalam) tiba-tiba mukut dengan bibir rasa kebas, tak lama lepas itu baru okey,” kata @narcs. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lucky_peace 20-7-2023 05:41 PM
Mcm dlm citer parasite tu la kan, orang gaji rumah orang kaya tu alergik dgn buah peach.
Quote annehuda 20-7-2023 05:43 PM
lucky_peace replied at 20-7-2023 05:41 PM
Mcm dlm citer parasite tu la kan, orang gaji rumah orang kaya tu alergik dgn buah peach.

aku baca sbb buah peach ni ada bulu-bulu halus, bulu tu yg buat alergik tu
Quote Thunderclouds 20-7-2023 05:51 PM
Sebekas tu dekat 30hengget.
Yg merah lain rega,yg kuning² lain rega.
Nasib xpenah teringin nk try menda² viral.
Susahnya nk jumpaa cherry kt ulu banat ni.
Tgh musim rasanya.
Lotus pon tadak.
Haih.
Quote dewimalam78 20-7-2023 06:02 PM
Mana asal usul donut peach ni? Kalau dr China memang tak heran la.
Quote Skuau 20-7-2023 06:30 PM
makan jer roti canai..kuar toilet terui tibar..kasi cust mkn...pon xde camni........
Quote rosmahisham 20-7-2023 06:41 PM
Edited by rosmahisham at 20-7-2023 11:54 PM

1st time masa kt Germany, tgk byk gerai jual donut ni..beli jgk nk rasa..ntah la aku lg suka apricot n cherry.
Quote Kitty_catz 20-7-2023 06:42 PM
kenapa kata viral? deme baru taw kewujudan buah ni ke? meosl biaser je beli buah ni kat jaya

sometimes tak paham la kuasa viral ni..
Quote makita 20-7-2023 06:45 PM
Kitty_catz replied at 20-7-2023 06:42 PM
kenapa kata viral? deme baru taw kewujudan buah ni ke? meosl biaser je beli buah ni kat jaya

someti ...

Biasa viral ni sbb seller yg promote gila2 nak bg laku. Pdhal meols selalu jumpa kt nsk n lotus. Tapi tah x teragak nak beli. Meols percaya aeon ada je stok peach ni selalu
Quote aechae 20-7-2023 07:00 PM
10 tahun dlu dh mkn buah ni nape org duk sebut2?
Msti bkn pemakan buah tegar kn
Quote sukacactus 20-7-2023 07:06 PM
Heran kenapa viral
Diorang (termasuk la adik aku ) tak pernah tengok ke donut peach ni
Quote Dzahin_poch 20-7-2023 07:09 PM
rosmahisham: Bln lps aku kat Germany tgk by ...


I pulak suka nectarine lagi dari peach ni. Texture peach ni susah nak ckp tapi bila beli tu x semua texture dpt yg lembik mmg rasa mcm makan rotten peach je.
Quote Kitty_catz 20-7-2023 07:14 PM
makita replied at 20-7-2023 06:45 PM
Biasa viral ni sbb seller yg promote gila2 nak bg laku. Pdhal meols selalu jumpa kt nsk n lotus. T ...

haah , bukan buah baru pun kan...

idok le sedap bebeno pun. meols beli last 3 weeks ago ke mcm gitu , sebelum viral ni ha, anak pun tak mintak nak repeat beli
Quote pearl.silver 20-7-2023 07:22 PM
Xreti la mkn buah2 import yg mhl ni..
Quote Atata 20-7-2023 07:22 PM
Eee peliknya buah boleh buat gatal2 mcm mkn udang, seafood?? Sheram tgk biji2 tu. Nauzubillah.

Tak suka makan peach sebab rasa dia sebiji rasa perfume. Ras mcm makan perfume. Sama macam coklat mint. Rasa mcm makan colagate. Pastu ada buah ni kecik2, kemuning kot kalau tak salah, rasa macam harpick lemon eeeuwwww
Quote isseliparjepun 20-7-2023 07:24 PM
Baru viral ka? Peach donut ni dah lama ada dalam pasaran. Why suddenly go viral?
Quote namieamuro 20-7-2023 07:28 PM
ape punce peach ni jd viral? pdhl dh lame jual kt kedai buah. bese je rase. sedap sgt pn tidak. tp pelik knp tetibe buah ni hype pulak

Quote imanjannah 20-7-2023 07:41 PM
dah lama pun mkn donut peach ni, dlm 4 years ago jumpa kedai yg boleh delivery buah2 import ni, mmg ada org x tahan, pernah jugk tgok org alergik pd strawberry, jdi gatal2 bengkak badan dia
Quote cmf_premierleag 20-7-2023 07:59 PM
Kitty_catz replied at 20-7-2023 06:42 PM
kenapa kata viral? deme baru taw kewujudan buah ni ke? meosl biaser je beli buah ni kat jaya

someti ...

Kann..kat jaya grocer ada jah buah ni selama ni
Tapi aku pun takde teringin nk beli pun
Yg suka viral sana sini ni mmg baru keluar gua agaknya..x penah pi area fruits n vege ke bila beli groceries??
Yg start viral bende2 ni bebudak twitter tiktok la
Spesis 1st time tgk buah import gamaknya selain epal oren stroberi etc
Quote rukia2 20-7-2023 08:11 PM
Last wix aku g kedai buah pun uncle yg jual tu beriya promote ini donut peach viral sudah sampai...tgok harga rm25 utk 5biji...koserr!! Baik beli pisang..murah &sodap

Lihat semua komen(86)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.183466 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top