CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja Putus Tangan Main Takraw Sambil Pegang Bom

20-7-2023 05:22 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 642| Komen: 3

Malang nasib remaja berusia 14 tahun hilang hampir keseluruhan tangannya apabila sebutir bom yang ditemui meletup ketika dia cuba memindahkan bahan letupan itu dari sebuah sekolah di wilayah Chaiyaphum, timur laut Thailand, lapor laman berita Thaiger.


Dalam kejadian semalam, sekumpulan kanak-kanak berusia 11 tahun dikatakan mahu bermain bola sepak sebelum salah seorang daripada mereka menyedari terdapat objek menyerupai bom di padang, lalu meminta bantuan seorang remaja berusia 14 tahun.


Remaja berkenaan memegang bom sambil bermain sepak takraw di sebuah kawasan padang. – Nation TV

Mangsa mengangkat bom tersebut dan ketika dalam perjalanan untuk menyerahkannya kepada ketua kampung,  dia sempat berhenti seketika untuk bermain sepak takraw sambil memegang bahan letupan itu.

Dia terjatuh ketika bermain, lantas menyebabkan bom meletup. Tangan kiri mangsa cedera teruk sebelum dikejarkan ke hospital.


Salah seorang anggota penyelamat berkata, beberapa malam sebelum kejadian itu, sekumpulan remaja menaiki motosikal pergi ke lokasi kejadian pada waktu tengah malam. 

Penduduk setempat juga dikatakan ada terdengar bunyi letupan pada malam berkenaan.

Stesen penyiaran Channel 3 melaporkan bahawa kumpulan remaja itu datang daripada  sebuah komuniti lain dan merancang untuk menyerang remaja setempat di  kawasan tersebut.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whimsicalmusic 20-7-2023 05:27 PM
adoi blh la bhenti2 siap main takraw, siap jatuh. hmm xtao da nk ckp ape
Quote cranell 20-7-2023 05:30 PM
nk kesian pn ada, nk tergelak pn ada. Boleh pula dia benti main takraw. Berani pulak tu pegang bom.
Quote Skuau 20-7-2023 06:49 PM
awat x jadikan bom tu 'bola takraw'.....tgk kt sapa bom tu...meletop....

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.247732 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top